Sabtu, 4 Jun 2011

Episod : Tamu yang mengemis solusi

Terlalu banyak persoalan yang datang tak diundang. Semakin lama, semakin semak dengan sanak saudaranya. Persoalan persoalan ini datang menjengah dan sekeras-kerasnya mengemis jawapan dan solusi yang instant.
Kira-kiranya mudah,
Persoalan A muncul dan sekiranya engkau tak buka mulut melemparkan jawapan, maka secara tiba-tiba si persoalan B muncul dan malang sekali bagi engkau yang tak sempat melemparkan jawapan untuk kedua-duanya, persoalan A dan persoalan B berkopulasi dan lahirlah si persoalan C. Dan begitulah seterusnya,ya.

Jadi teorinya mudah;
Persoalan A+Persoalan B = Persoalan C (ingat, C hanya muncul jika engkau tak cepat cepat sediakan jawapan bagi mereka,yakni A dan B).

Sebelum persoalan persoalan ini berkoloni dan membuat keturunan keturunan yang asing dalam minda engkau, perlu sangatlah engau duduk berbincang dengan mereka sambil minum kopi dan makan karipap. Memandangkan engkau dah berserabut dengan keturunan keturunan persoalan tu,maka carilah penyelesaian yang sebaik mungkin. Itu sahaja nasihat dari kami.

Lekas, kalau tidak faham-faham sendirilah apa yang akan terjadi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak