Saifool enjoy dengan alam baligh. manusia sekelilingya pun semua dah baligh, membesar bagai johan. tengok ty, halkum si Kareem teman seperjuangan Saifool di alam perang senapang kayu tiba tiba membesar semacam sebiji telur ayam.Mmek Senah pula dah berjaya membuatkan Saifool bercita cita nak memperisterikannya. Dan kali ini bukan olok-olok lagi. "Mesti comel anak kita nanti kan ,Senah" kata Saifoll yang mengundang jeritan nyaring dari si dara Senah, PERASANNNN!
Semakin hari, semakin laju perjalanan menuju kenyataan. Di depan Saifool terbentang platform yang bersimpang siur menuju gelas-gelas kenyataan hidup yang dicarinya .
Jadi, terserahlah kepada Saifool untuk menentukan kenyataan hidup yang dicari-carinya.
Kalaulah Saifool pergi ke platform pertama, hah-dia akan diangkat sebagai seorag pelajar AF yang kononnya disebut sebut sebagai pengganti artis artis Malaysia yang mual. menunggu masa dimuntahkan ke dalam plastik beg dan dikambus dalam lubang sedalam 7 kaki. Bukan itu sahaja, bolehlah korang semua tengok gelagatnya dalam Diari AF. Saifool suka makan apa, Saifool kena marah dengan Pengetua AF sebab nyanyi sumbang macam mambang dan yang paling best bila Saifool di undi keluar dan dia,cikgu cikgu, semua peserta dan korang sendiri menangis sebab pennduduk kampung Saifoll boikot mengudin Saifool (dek kerana Si Saifool ni bercinta dengan Baby,peserta AF jugak).
Ataupun,
bila mana si Saifool ni memilih platform yang berwarna warni tu. Di situ,kelak, Saifool akan merentas hari malamnya yang terbakar dengan neon neon di Dataran Merdeka dengan enjin 4lejang EX5 putihnya. Dan Saifool akan menghabiskan usia malam bersama awek di belakangnya sehingga ke subuh esok. Ha,Ha,Ha boleh bayang kan kenyataan hidup Saifool yang bakal melayakkannya digelar si perempit malam ni?
Saifool ada banyak pilihan.Satu lagi platform yang menarik ada di sana. Ya platform ni kelihatan agak kontroversi. Kalau Saifool pilih dia kena redha sebab malunya dia bakal di hina dan dinista sampai ke akhirat kelak tapi untungnya poket Saifool tebal. Dalam kenyataan ini, Saifool dicerminkan sebagai pelajar yang hampeh tetapi di boleh pergi berjumpa dengan Perdana Menteri dan mintak biasiswa. Alih-alih adalah cerita yang memalukan (saja-saja) di buat buat. Bukan sebab kantoi dengan Perdana Menteri degan keputusan peperiksaannya tapi adalah cerita tu. Cerita apa? Ah seganlah nak cerita.
Beribu ribu platform yang boleh dipilih Saifool. Tapi, Saifool selalu ingat pesan ibunya.
Nak,emak dah tua. Engkau pun dah besar panjang. Entah esok lusa mak dah nak pergi. Engkau carikanlah mak menantu yang cun melecun ye,nak.
Saifool kini berdepan betul betul depan platform yang dicarinya selama ni. Atmosferanya jingga. Udaranya berfragran sensual. Dia berjalan meniti platform itu segak bergaya. Jalannya megah meraih teriakan teriakan merentap egonya. Beribu beribu kaum hawa di kiri kanan jalan yang mahu memiliki Saifool. Berteriak teriaklah mereka akan namanya dan ada di antara mereka memegang sepanduk bertulis, 'Buntingkanlah kami Saifool'!.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak