Amat seorang rakyat biasa. Kerjanya pun macam kebanyakkan orang , biasa-biasa saja. Bukan kaya sangat dan bukan miskin sangat. Sederhana.
Walau sederhana, Amat seorang rakyat yang bertanggungjawab dan sangat prihatin.
Esok hari minggu. Amat berniat untuk pergi ke kota metropolitan untuk membersih, menyental segala daki daki hitam yang selama ni terpalit di kota metropolitan kesayangannya. Dia ikhlas dan baginya ini adalah untuk kesejahteraan semua. Bayangkan kalau semuanya bersih di kota metropolitan, tidak kah semua rakyat merasa keselesaan? Kerja murni Amat harus disokong, dipuji kerana tak semua orang mahu berbuat demikian tambah-tambah lagi dengan kerja cuci mencuci ni. Mana ada kelas!
Amat harap dengan kerja murninya ini, kota metropolitan ni akan kembali bersih bersinar sinar. Kilauannya akan menyemarakkan lagi semangat rakyat sayangkan kota metropolitan ini.
Tapi bak kata orang, biasalah kerja baik selalu mengundang perasaan sangsi, dengki dan macam macam lagilah perasaan yang busuk-busuk. Yang lebih teruk, asyik mengutuk ja. Tak lah semua, adalah suku sakat yang tak cukup seringgit. Sudah la tak buat apa-apa, bisingnya super melampau.
Belum sempat Amat membersih, suku sakat tak cukup seringgit dah buat macam macam perkara untuk takutkan Amat. Depa kata, nanti sesak keadaan lalu lintas bila Amat tengah membersih kota metropolitan. Pendapatan Encik Teksi terganggu dan macam macam lagilah yang tak masuk akal. Tak sempat keluar rumah lagi, Encik Pengaman dah turun buat sekatan jalan raya. Apa da?
Kalau nak tau lebih lanjut bolehlah tengok TV arus perdana.
Tapi yang paling kelakar, yang nak bersilat pun akan turun menentang kalau Amat turun jugak membersihkan kota metropolitan di hari minggu nanti.
Sekarang, cakap banyak pun tak guna, Amat kan buat kerja baik, kerja untuk menyenangkan semua orang. Ada apa salah?
Dia dah bersiap dengan timba, penyapu, kain buruk dan sebotol pencuci tingkap/lantai.
Jom pakat-pakat tolong Amat!
9july 12pagi
smpai tang "mana ada kelas" sapa2 boleh senyum tepi. hihi
BalasPadam-Gaban