WoW! Tak sangka betul Amat. Ramai sungguh yang datang menolong mencuci bersihkan kota metropolitan kelmarin (hari minggu). Terima Kasih, pakcik makcik, anak-anak muda, kakitangan swasta/kerajaan, orang perseorangan dan semua yang terlibat!
Habis semua dah cuci bersih!
Adapun begitu, adalah Encik Pengaman di sana yang cuba membuat onar mencuba sedaya upaya membuat kotor kembali semasa acara pembersihan dengan menyembur air kotor dan kentut beracun, namun semua yang ada bergotong royong beramai ramai membersihkan jugak daki-dakit dan palit hina kota metropolitan. Tak patriorik langsung Encik Pengaman, kan?
Tapi tak apalah, lain kali yang tak suka jangan sembang lebih. Kerja baik pun nak busuk hati.
10july2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak