Sabtu, 16 Julai 2011

Solidariti di Talian

aku biarkan ia bertaburan atas lantai, di luar balkoni rumah. harap harap angin subuh sudi menerbangkannya jauh dan dihadam si awan di pengakhirannya.
aku dial nombornya, dan bila talian disambung, tanpa berkata hello, aku tanya,
"sudah puas sekarang?" dia diam tak berkata apa-apa.
aku terus tanya lagi " apa lagi yang kau mahu? jangan tanya kenapa aku berhenti dan jangan cuba beri point yang keputusan yang aku ambil dua bulan lepas salah".
dia tetap membisu.
aku sekarang juga mahu membisu. harap dua soalan yang aku tanyakan tadi dia faham.
dan sekarang kami berdua membisu di talian.
engkau tahu betapa cengengnya bila dua orang di talian yang sepatutnya bercakap tapi yang kedengaran hanyalah hembusan nafas kedua-dua pihak?
yang berjalan hanyalah charge telefon yang bakal membunuh bila bil bulan ini sampai.

okie-dia kata.
aku cakap okie jugak.
dan kami berdua menekan button end call. jangan pernah ingat aku putus harapan.

17th july 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak