Jumaat, 2 September 2011

Sheriff Berkumis dan Perempuan Berhijab Ungu Tamborin

Al-kisahnya, berjalanlah seorang diri Sheriff berkumis berteman pilu yang amat. Setiap lorong di serat jantungnya menderita parah. Hulu hatinya pedih.
Segalanya disebabkan dosa dosa usangnya yang bergelimpangan yang kini mengulang tayang setiap satu peristiwa yang melibatkan dirinya.
Sheriff Berkumis berteriak setiap hari. Malunya bukan kepalang bila dia menyaksikan dosa-dosanya dahulu - mengambil duit rasuah dari Lebai Man (perasan alim) untuk membawa masuk imigran imigran dari Kepulauan Papua New Guinea, memeras ugut si Karman setiap hujung bulan selepas gaji, pecah amanah koperasi Persatuan Sheriff Kampung Mempelam, membunuh orang - orang kampung yang menjadi saksi kes rasuah dia dan Lebai Man dan yang paling hina, skandal Sherif Berkumis dengan perempuan - perempuan Kabaret Jalan Binjai. Ah tak perlulah cerita lebih lanjut.

Sherif Berkumis pergi ke Aladin Kafe Berinternet. Kata jiran sebelah rumahnya, ada seorang perempuan namanya Perempuan Berhijab Ungu Tamborin yang boleh berdondang sayang, mengubat hati hati yang terkoyak relai di Facebook. Apa yang perlu di buat, add dia, hantar mesej atau Wall kan cerita kisah duka lara kepadanya. InsyaAllah, nanti dia akan balas balik dan konfem akan menelan segala kisah duka lara si penghantar. Jangan gusar, dia konfem akan reply paling tidak pun dia akan 'like'.
Lalu, Sheriff Berkumis pun buat lah mengikut nasihat jiran sebelah rumahnya tu.

Esoknya, Sheriff Berkumis pun semak akaun facebooknya. Manalah tahu, ada komen dari Perempuan Berhijab Ungu Tamborin,kan.
Memang ada! Sheriff Berkumis sedikit teruja dan dia terus membuka konten mesej dari Perempuan Berhijab Ungu Tamborin.
Sheriff Berkumis hairan, isi konten mesej hanyalah gambar smiley ;)

Yang diluahkan sikit punya hiba yang di balas macam memerli. Ini macam sindiran! Sheriff Berkumis punyalah angin satu badan dan mesej yang ditulisnya pun berangin semacam angin yang berpusing pusing laju nak melempar si Perempuan Berhijab Ungu Tamborin.
Rasakan engkau, orang mintak simpati dia bikin panas. Tak guna betul!

Kalau diikutkan hati, memang Sheriff Berkumis tak mahu semak lagi akaun Facebooknya. Tapi, dia tergerak hati untuk cek kalau-kalau Perempuan Berhijab Ungu Tamborin reply mesej angin puting beliungnya.
Bila disemak, Sheriff Berkumis terkejut, memang mesejnya di balas. Perempuan Berhijab Ungu Tamborin memang balas mesejnya!

Apa katanya?
Senyum lagikah?
Atau sekadar 'like'?
Tapi tak mungkin 'like' dengan mesej yang macam tu?

Jadi, inilah konten mesej Perempuan Berhijab Ungu Tamborin,
"Tidakkah kamu tahu yang Dia itu Maha Pemurah? Tidakkah kamu tahu yang Dia itu Maha Pengampun? Dan tidakkah kamu tahu yang Dia itu Maha Pengasih dan Penyayang, penerima segala taubat?
Bentangkanlah sejadah, tangisilah dengan sujud yang mengharapakan keampunan. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar."

Lalu bergenanglah air kristal keluar dari kelopak matanya. Sheriff Berkumis pun melayang pergi. Pergi dia mencari kemaafan yang hakiki.


2 ulasan:

  1. wahh.ur entry too nice.no coment except jelez with ur entry.hahaha

    follow back at http://hafrawiegeek.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. it's always the smallest and the tiniest things that matter the most.

    BalasPadam

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak