Begitulah perasaan hampa dan bengangnya menghasilkan satu pakatan rejim yang begitu membenci Ketua Editor surat khabar paling meluat #1, Cik Md Zain. Segala tulisan,laporan2, berita2 yang ditulis Awang Buyong (nama pena) ditolak mentah mentah, dikoyak menjadi kecil kecilan di lambung ke atas langit menghasilkan salji kertas berderai derai menghempap kepala Awang Buyong (nama pena) yang membuatkan darah kepalanya membeku.
Sekali-sekala jika ada keberanian di dada, Awang Buyong (nama pena) cuba bertanya Ketua Editor surat khabar paling meluat #1, Cik Md Zain apa masalahnya? Kenapa payah sangat tulisan tulisannya nak dicetak, dikeluar dalam surat khabar #1 paling meluat, Pengutus Meluat? Segala fakta fakta terkandung dalam tulisannya tepat, tidak meragukan, tidak berunsur bias, bebas dari pengaruh. Apa yang disamapaikan melauli penulisannya ada kalanya membangun minda, memberi jalan keluar pada isu-isu yang memerlukan. Dan yang plaing penting, ia tidak berpihak kepada satu pihak tapi lebih menjurus ke arah pemikiran yang lebih bebas.
"Eh,engkau ni kenapa yang bebal sangat? Ini Pengutus Meluat, surat khabar # 1 paling meluat di tanah air. Nama pun meluat, apa yang dilaporkan mestilah yang polemik dan bersifat berat sebelah. Kita ini harus menyebarkan berita berita yang menanamkan perasaan meluat pembaca terhadap apa yang kita laporkan. Aku mencari berita-berita yang berpihak kepada mereka sahaja, kita perlu tutup mata atas kesalahan mereka dan menjulang mereka dengan berita berita fitnah yang menjatuhkan seseorang individu atau sesebuah sosaiti. " kata Editor surat khabar paling meluat #1, Cik Md Zain kepada Awang Buyong (nama pena).
"Jadi apa yang engkau tunggu lagi Awang? tak faham-faham lagi? Ini masanya! Pergi cari bahan untuk menulis. Lagi meluat, lagi banyak fitnah, banyaklah artikel engkau aku masukkan dalam surat khabar kita!"
Awang Buyong (nama pena) mengangguk. Tangannya terketar ketar memgang pen. Apa nak tulis ha? Terrr. Ter.. Ter..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak