Khamis, 15 September 2011

Suara Kami?

Esok 17hb ada program mega yang pastinya menarik minat remaja,pemuda-pemudi/belia Malaysia. Dari namanya sahaja,Suara Kami menunjukkan sesuatu yang boleh kita anggap sebagai luahan perasaan, pandangan ataupun expressi anak anak muda tempatan.

Tapi bagi pendapat saya, ia amat meragukan. Meragukan dari segi objektifnya/tujuannya. Apa yang di war warkan di media rasanya tak sama dan sesuai dengan nama program. Suara kami ini kalau diterjemahkan dari perut anak anam muda ini jelas sekali pandangan yang rebel. Jangan salah faham, rebel tak bermaksud komunis,pengganas atau petualang.Maksud Rebel dari anak muda di sini adalah perasaan mereka terhadap sekeliling mereka, pandangan mereka tentang apa yang terjadi atau belum terjadi. Mereka (anak-anak muda) mahu menggali sesuatu yang mahu memenuhi tuntutan masa yang mendewasakan mereka, mematangkan mereka sebagai insan yang berilmiah.

16 hb sept hari Tanah Melayu yang disatukan Sabah/Sarawak. Hari yang megahnya rakyat Malaysia ini mengaku dengan bangganya tanah ini tanah tumpahnya darahku. 31hb Ogos hari yang memerdekan kita dari belenggu British.Seteru itu, pelbagai program yang dianggap nasionalisma di jalankan bagi memperingati detik berharga buat setiap warganegara.

Mari kita patah balik ke tahun tahun yang lepas ya.
Baik, cuba anda fikirkan balik, dari saat anda dilahirkan samapai sekarang, program apakah yang selalu dilakukan pada malam 31 Ogos?
Sudah 26tahun genap usia saya, apa yang saya perhatikan Malaysia menyambut malam merdeka sebagai malam pesta. Konsert-konsert besar dengan artis yang mengajak rakyat rakyat di bawah berdansa sehingga lewat pagi. Meriah dengan bunga apinya, jalan2 yang sesak, neon neon yang memancarkan figura figura rakyat yang kononnya nasionalis sedang berpesta dan tak keterlaluan jika saya nyatakan di sini, maksiat yang terang terangan terlihat di sana sini. Jadi bagi saya yang berusia 26 tahun ini, inilah cara kita mensyukuri nikmat kemerdekaan.
Ini sangat jelas ya,kita perlu observe seikhlas mungkin.

Dan apa signifikannya 17hb esok dengan Suara Kami. Isinya masih sama. Suara kami ini dijalankan dengan pelbagi pecahan2 program. Maksudnya, ada pelbagai acara lain dijalankan di sini. Tapi motifnya, haluannya menjurus ke arah hiburan semata mata.Anak Muda dipandu ke arah keseronokkan. Dan media sendiri mengajak anak-anak muda ini hadir berparty dengan kempennya sudah dilakukan lebih dari sebulan lepas.
Masih kurang jelas? Macam inilah ya.
Program Suara Kami ini sebenarnya mengekpressikan anak anak muda yang mahukan kebebasan yang isinya hanyalah hiburan yang total untuk menyiram jiwa muda mereka sahaja.

Pastinya artis Rap Nelly yang bakal berada di Stadium Negara (tempat bersejarah) mencari party people, Where's My Party People At?"

Dan jika benarlah ini Suara Kami iaitu Suara Anak Muda Malaysia yang hanya mahukan hiburan, saya dengan terang-terangan menyatakan di sini, Anak Muda Malaysia ini tak cool langsung!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak