Pada suatu hari, seekor kucing bertanyakan kambing,
"cik kambing, agak2 ya, kenapa manusia bila melakukan kebajikan , contohnya memberi derma kepada orang susah, memanggil wartawan - wartawan datang mengambil gambar dan menyiarkan cerita mereka menderma besar besaran?"
Kambing pun menjawab,
"Cik Kucing manusia yang jenis tu adalah manusia yang tak pernah melakukan kebaikkan. Jadi, bila ada sedikit kebaikkan yang dilakukan kononnya, dia mahu semua satu dunia tahu".
Ooooo,bongkak rupanya manusia.
Kucing bertanya lagi
"cik kambing, kenaaya manusia berlumaba-lumba membina bangunan-bangunan tinggi yang mewah?"
kambng menjawab setelah selesai menelan rumput,
"itu disebabkan, manusia ini suka mencipta kasta-kasta merepek. Bangunan-bangunan yang tinggi mempamerkan kemewahan/kemegahan. Jadi mereka tak mahu tinggal bersama manusia-manusia miskin di bawah.Mereka mahu mengasingkan diri mereka dari kasta kasta yang mereka cipta sendiri. dan di banguna tinggi, mereka jelas lebih dekat dengan langit kuning dari bau bau hamis manusia manusia yang tinggal di bawah".
Ooooo, bongkak rupanya manusia.
kucing mintak izin untuk bertanya buat kali terakhir. dia tahu kambing sibuk dengan makanan rumput segarnya,
"cik kambing, aku nak tahu sangat kenapa manusia bila berkuasa dia akan lakukan apa saja untuk menidakkan hak seseorang yang dia anggap mengancam kuasanya"?
lalu cik kambing toleh dan melihat muka kucing,
dikunyahnya perlahan lahan rumput segar dan selepas menelan, dia pun menjawab,
"manusia hidup menghambakan diri kepada kuasa.mereka benci sesama mereka. dan jika salah seorang darinya yang dibenci walaupun yang dibenci adalah saudaranya, dengan kuasanya dia lenyapkan dari pandangan mata. Manusia-manusia ini sebenarnya akan mati keseorangan dan bila di kubur dia hanya bertemankan azab. bodohkan mereka ni?"
Aaaa, bodohnya manusia..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak