Rabu, 26 Oktober 2011

Kisah Adi dan Syaitan Merah

adapun seorang yang bernama Adi berjalan di tengah subuh mencari ketenangan. Dia kemudian terserempak seekor syaitan merah sedang bertenggek di atas batu menangis teresak esak.
Adi buntu, meskikah dia harus menghampiri figura yang memang jahanam yang matlamatnya menyesatkan manusia segenap alam itu ataupun tidak? haruskah Adi bertanya mengapa menangis wahai syaitan merah? mungkin kah syaitan merah itu adalah 'red devil' yang baru baru ini kalah 6-1 dengan noisy neighbours? ataupun, harus dia beredar jauh jauh dari situ?
Makanya, setelah berperang dengan pelbagai soalan, Adi memutuskan untuk menghampiri  syaitan merah itu.

err..tumpang tanya cik syaitan.mengapa menangis teresak-esak kat sini?
syaitan merah itu mmaling mukanya ke arah Adi. Matanya bersinar kristal lalu dia pun berkata.
Aku bernasib malang mengikut seorang manusia yang bernama Adi. Dia tinggal di kawasan ini. Setiap kali kalimah2 menyeru umat datnag ke rumah Allah, Adi tidak ketinggalan. Bila waktu subuh subuh begini, aku cuba sekeras kerasnya menyelimuti tidurnya dengan selimut tebal yang selesa. Tapi Adi buang selimutnya. Dirinya dibasuh dan pergi berjalan ke sana.
Bila tiba tengah hari, aku serabutkan fikirannya supaya tidak meninggalkan kerja untuk ke sana. Semuanya aku bisikkan penting dan perlu dihabiskan segera. Aku sekali lagi malang,dia bingkas bangun tinggalkan kerja-kerjanya.
Sewaktu petang, aku merayunya supaya pulang awal.Jalan KL konfem sesak. nanti mencebik isterinya menunggu di rumah kalau lambat. Tapi Adi tak peduli pun, dia berkemas untuk ke sana terlebih dahulu.

Langit kuning-kekuningan hasil tembakan cahaya matahari dan bulan. Aku cakap Adi, lepak dulu. Tengok MTV ka, Astro ria ka. kan baru sampai. badan tu letih. Adi membantah,dia membasuh dirinya dan membawa isteri ke sana.

Adi tak pulang terus, dia mendengar ceramah yang menyakitkan hati aku. Dan bila masa waktu ke-lima menjengah, dia terus mendirikannya secara jemaah.
Dan begitulah seterusnya, hari hari Adi.
Kalaulah macam ni, mampuslah aku. Siapa nak teman aku nanti? Cuba kau jawab?

Adi hanya tersenyum, dia meminta izin untuk berdedar. Sebabnya waktunya dah masuk.
Ditinggalkannya syaitan merah seorang menyambung tangisan.
Syaitan merah rasa dirinya perlahan lahan terbakar dalam warnanya sendiri. Abunya meresap dalm atmosfera embun subuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak