Ketika budak budak lelaki bermain bola di suatu petang, ada sesusuk tubuh yang meliang lintuk menari ballet di atas kourt usang bola tampar.
Ya, susuk itu namanya Rahman. Rahman penari ballet. Tulang belulangnya di lentuk sejak di usia 5tahun untuk menari, mempersembahkan tarian syahdu. Dan semenjak itu, Rahman terpaut dengan kedamaian dan kelembutan pada tarian ballet.
Rahman sudah berusia 16 tahun. masih menari. Dengan sut putih ketat, Rahman galak menari. Mata mata yang memrehatikan tarian Rahman akan cair, jatuh menitik dan larut dalam keasyikkan. Mereka terhanytu dalam gerak tarinya. Dan meereka akan pulang ke nyata bila mana Rahman sudah habis menari.
Sofi, anak jati kampung Dusun kenal Rahman. Sofi merupakan susuk yang kasar. Berperwakkan antagonis. Dia benci Rahman. Baginya, Rahman seorang pondan, lembik dan kurang zat kelakian.
Sofi selalu mengajak BFF BFFnya untuk menyakat Rahman bila dia pulang dari kelas tarian balletnya.
Macam - macam yang dilemparkan kepada Rahman. Selipar putus, kata-kata kesat, kain busuk,dan antaranya baldi.
Rahman buat tak tahu. Dia redha. Cuma kadang kadang dia berasa tak tahandiperlakukan begitu. Sakit la bila baldi singgah di kepala. Geng-geng Sofi ketawa terbahak bahak. Biasa la, inikan benda yang cliche. Orang buat jahat kan akan ketawa kuat-kuat bila buat benda jahat.
Tapi, petang semalam memang dah melampau. Bukan setakat membaling, tapi tangan tangan kudis Sofi dan BFF-BFFnya dah menjalar ke bontot Rahman. Apa diorang ingat Rahman ni jantan kabaret?
Oh tidak! Rahman takkan membiarkan maruahnya di raba-raba.
Makanya, dia bertindak balas ke arah Sofi dan BFF BFFnya.
Cuma,
Tindak balas Rahman disensor di sini kerana mungkin di kalangan pembaca masih bawah 18tahun.
Apa yang pasti,
Setiap daripada mereka, (Sofi dan BFF BFFnya) terkulai layu di atas tanah. Tangan-tangan mereka putus. mulut mereka herot. Ada di antara merekayang hilang ingatan.
Dan Rahman...
Rahman terus menari dia atas mereka dengan galaknya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak