Bersih 3.0 di kecam hebat di mana mana media arud perdana. laporannya tidak tepat , benar dan berat sebelah.
Aku bersama adik, Yan bersemangat untuk turun bantah ada hari tu.
Bersih 3.0 kali ini lebih sukses! Itu realitinya. Dari orang-orang muda, yang tua, yang kecil-kecil, perempuan-perempuan berpurdah, yang berfamili semuanya turun merayakan hari bantahan secara aman.
Kami turun membawa kadbod yang kami tulis , "solidari selamanya" dan "solidariti menghancurkan kezaliman". Memang bersemangat! Mungkin kerana dulu, semasa zaman reformasi, bapak selalu bawak kami bersama turun ke ceramah-ceramah reformasi walaupun kami masih agak kecil.
Kami berjalan sambil mengangkat kadbod bantahan kami tu sebagai menyatakan perpaduan umat-umat Bersih yang berani datang membantah dan menyatakan kebenaran.
100 peratus, ternyata, semua umat Bersih begitu bersemangat dah mahukan perubahan.
Aku dan Yan kemudian duduk betul-betul di hadapan Dataran mendengar pemimpinpemimpin berpidato.
Sehinggalah , ada seorang pemimpin Mahasiswa yang menyeru bangun dan raatkan saf. Ini kerana FRU dan polis sedang mara dan sudah melepaskan gas pemedih mata dan water canon.
Para reformis langsung tidak sekali bersenjata membuatkan semua terpaksa melarikan diri setelah keadaan menjadi teruk. Walaupun pada mulanya kami semua cuba berdiri teguh tidak mahu berganjak.
Semasa melarikan diri, banyak umat bersih yang terjatuh pengsan kerana tak tahan dengan gas pemedih mata yang ditembak. Kebanyakkannya yang aku dapat lihat budak budak perempuan yang berpurdah. Dari pengamatan aku, Bersih 3.0 memang ganas penangannya.(dari puak puak Poli/FRU yang pelampau)
Situasi-situasi buat aku berbangga. Keadilan itu disukai manusia, meski kezaliman / keganasan di hala kepada pencinta keadilan.
Cuba perhati betul betul. Makin dizalimi, makin ramai yan turun berslidariti Tidakkah depa semua tak tau yang keganasan bakal terjadi ke atas mereka semua?
Ustaz Malik dalam tazkirah subuh beliau (pada pagi 28hb April) mengatakan, yang menyokong Bersih 3.0 tidak bersalah, malah yang tidak meyokong pun tidak bersalah, tetapi yang salahnya di sisi Allah SWT adalah orang yang pelampau. Sesungguhnya manusia yang melampau sangat dibenci Allah SWT.
Okie, cuba kita perhatikan antara umat umat yang menyokong Bersih dan umat umat yang tidak menyokong sama sekali duduk bantah 28hb April lepas.
Dari laman Fesbook contohnya, umat-umat yang tidak menyokong ini banyak yang mengatakan bahawasanya Malaysia ini aman,tidak memerlukan sama sekali bantahan sebegitu rupa atau mengatakan Bersih itu bodoh, umat umat Bersih itu ganas.
Bagi yang menyokong Bersih, jah benar cara pemikiran mereka. Mereka mempunyai fakta-fakta, ilmu yang jelas dalam menterjemahkan dalam perjuangan mereka.
Perbezaan ini bagi aku adalah kerana faktor ilmu. Jika benar Malaysia ini aman. Ya, Malaysia memang aman, tapi dari segi fizialnya sahaja. Adakah aman dalam konteks ini menunjukkan kita tidak mempunyai peperangan semata mata? Bagaiman pula rakyat Malaysia yang miskin? Adakah mereka aman dengan hidup mereka? Perbezaan hidup yang miskin dan yang kaya begitu ketara sekali, adakah ini aman namanya?
Aku masih lagi nampak secara jelas tentang perasaan rasis, terutamanya di kalangan orang-orang Melayu. Asyik menyalahkan Cina / India yang memegang ekonomi Malaysia secara total. Apa punya baghal. Apa sudah jadi dengan pemimpin Melayu yang tak habis habis melaungkan hidup Melayu. Mereka inilah yang patut dipersalahkan jika orang Melayu kata yang mereka adalah kaum yang mundur? Selama hampir 54 tahun Merdeka, apa yang depa dah buat?
Aku pasti, yang menyokong Bersih adalah golongan yang bukan pelampau. Ini jelas kerana sesiapa yang berada di sana tahu akan keadannya. Yang pelampau adalah golongan provocater atau yang terlebih extrimnya dan juga segolongan polis/FRU.
Aku berada di hadapan Ibu Pejabat Pas berhampiran Chow Kit, dan selepas pukul 430, pemimpin mengarahkan perhimuna bersurai. Kami bersurai dengan aman. Cuma, persoalan aku kenapa FRU/polis masih mengepong kami? Umta-umat Bersih masih diburu, ditembak gas pemediah mata/water canon. Apa semua ini? Kami berhimpun secara aman, kami mahu pulang secara aman. Disepanjang jalan bermula dari Jalan Sultan Ismail, Maju Junction, mereka ini membuas.
Aku tak sangka, FRU melepaskan water canon di tengah tengah jalan (sewaktu banak kereta di traffik). Jelas bagi aku, mereka ini mengamuk , mahu membalas dendam terhadap umat umat Bersih.
Malaysia wajib menyaksikan perubahan. Kezaliman, ketidakadilan, korupsi, amalan kapitalis sudah jelas di depan mata. Pak-pak Menteri bukan lagi bekerja untuk kepentingan agama atau negara. Rakyat bukanlah perkara pertama untuk mereka. Yang penting, mereka mahukan kekayaan untuk keturunan mereka semata-mata.
Media arus perdana sepatutnya melaporkan sesuatu yang benar dan jika mereka enggan, mereka ini patut digelarkan ejen penabur fitnah. Ini tidak, dalam laporan Metro menyatakan S Ambiga itu pengerusi Bersih 3.0. Habis tu Pak Samad tu siapa? Fakta pun tidak benar bagaimana nak mendidik rakyat?
Islam itu moden dan maju dalam setiap sudut kehidupan. Dengan Islam itu orang Melayu akan maju, dengan Islam, orang bukan Melayu akan merayakan keadilan, kebebasan. Dan dengan Islam itu, Malaysia akan berubah dan mencipta kejayaan dunia akhirat.
Bagi yang masih anti PR atau Bersih, fahamilah sesuatu dengan ilmu. Bukan dengan apa yang disuap oleh pakPak Menteri yang hidup kaya raya dengan menoreh laju dari hak anda semua.
Hadri Shah
satu May dua ribu dua belas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak