Isnin, 30 April 2012

SOLIDARITI SELAMANYA


hari ini 28hb april, kuala lumpur buat kali ketiga berlatarbelakangkan kuning. sebahagian besar umat meramaikan dataran yang bersimbolikkan kebebasan dengan satu azam.
bukan mereka tidak tahu bahawa hari ini hari perang, hari ini hari membalas dendam, hari yang mampu meragut nafas mereka sesaat dua, tapi tiada satu pun yang menghalang mereka-mereka dari menuntut sekelumit keadilan yang te;ah dilunturkan.

hari ini 28hb april, demokrasi didera terang-terangan. disepak sehingga darah demokrasi membuak buak keluar mengalir di sekitar dataran yag bersimbolikkan kebebasan. tak cukup sekadar itu, dicurahnya air panas di tempat luka itu.
pemikiran merdeka dinyah. di tembak si pengecut kemaruk kuasa.
demokrasi dan sepupu sepapatnya meraung! 
keadilan meraung"'berjuang!"
demokrasi meraung 'bebaskan!"
kebebasan meraung "tumbangkan kezaliman!"

hari ini 28hb april, malaysia bukan sebuah negara yang merdeka. malaysia masih di jajah. hanya yang tunduk mengampu, hanya yang poyo dan buta sejarah sahaja yang duduk di rumah membaca akhbar2 penjajah,menonton televisyen penjajah.
mereka mereka ini suka di bodohkan, dimanjakan dengan penipuan, di ajar mengiyakan setiap perkara. ada di antara mereka ini "wira penjajah" yang cerdik IT, lalu menempel sesuatu yang jahil di dinding - dinding fesbook masing-masing.merayakan penjajah,berpesta fitnah, membodohkan fakta yang tidak dapat ditelan oleh mereka sendiri.

tetapi hari ini,
28 hb april, 
umat - umat kuning menyatakan solidariti mereka. dengan baju kuning dan air mineral sebotol, sedikit garam di tapak tangan yang kudus, perpaduan meranumkan kemenangan. perpaduaan menidakkan kezaliman. perpaduan mengatasi kebobrokkan!
Janji sang Pencipta itu benar.
dengan janji itu kami hadam. kami ludahkan penipuan ke arah muka mereka.
ini kami! solidariti selamanya!

hadri shah
28hb april, dataran yang menunggu masa 'merdeka'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak