Engkau memang takkan nampak.
Benda itu tersembunyi di sebalik gerombolan gerombolan awan biru. Dan bila angin menghembus nafasnya ke arah gerombolan gerombolan awan, jadi benda tu terlihat.
Tapi sayang,
Engkau takkan nampak.
Sebabnya,
Bila benda tu terjatuh, tergolek di jalan Ampang, aku cepat - cepat berlari dan mengutipnya. Menyimpan kemas di dalam kocek jeansku.
Lalu, engkau bertanya di mana benda tu?
Lalu, aku menjawab tidak tahu.
Muka engkau merah menyala.
Dan engkau kata aku pendusta. Tak boleh dipercaya.
Malah,
Aku engkau gelakan si penipu besar, yang mukanya tebal,mulutnya pula berbicara palsu.
Aku diam.
Bukan kerana bersetuju dengan apa yang engkau bilangkan.
Tapi disebabkan dendam aku terhadap engkau.
Aku gunakan benda itu sebagai method untuk menjahanamkan emosimu. Mensiat-siat jiwamu. Kemudian dituangkan air panas ke atas lukamu setitis demi setitis.
Samapi engkau mengerang, sedang badan engkau putus harapan.
Jatuh longlai,
merayu rayu kepadaku,
"Izinkan aku melihat benda itu,cuma sekali, dua"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak