itu yang John Benett nampak. tapi dia tak nampak. sama juga denga mereka. bila John Bennet tanya, "eh,korang tak nampak ke?"mereka jawab, itu hanya bayangan kau saja, jangan dilayankan sangat.
bau-bau kecelaruan melantun lantun di atmosfera dihidu dan terus meracun.
unggas malam di sini tiada, sudah pupus termakan asap ekzos abang rempit. akhlak sudah lama dipek di dalam guni dan di buang di sungai kelang.
Dulu, 9 tahun lepas, John Bennet menganggap Kay Elle sebuah terminal yang akan membawa usia remajanya ke terusan spektakular. John Bennet percaya, usia remajanya akan perlahan-lahan disedut dan di hujung hidupnya bertemu damai di kota yang bernama Kay Elle ni.
Baru sebentar tadi, selepas melihat Kay Elle yang Jingga, di mula berfikir.
belum puas ranum fikirannya, malam hari sudah koma, waktu subuh sudah tergendala. yang ada hanya waktu sekarang. sedang dia menunggu fikirannya ranum, masak, terjatuh gebebuk dari dahan mindanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak