Jumaat, 15 Jun 2012

REALITI YANG LU ORANG SEMUA TAU, TAPI BERAPA BANYAK YANG LU ORANG SEDAR

Miskin boleh membawa kepada kekufuran. Ini yang telah dinyatakan oleh Maha pencipta, Allah SWT.
Miskin tak semestinya merujuk kepada harta yang sedikit atau tak ada langsung, malah ianya boleh merujuk kepada segalanya.
Contoh;
miskin ilmu - tak pandai, miskin akhlak - tak berakhlak, miskin anak - boleh jadi tak banyak anak.
Senang cerita, bila kita ini miskin, kita boleh menjadi kufur dengan nikmat Allah.
 Wajib bagi kita membaik pulih keadaan kita yang miskin dari pelbagai aspek untuk mara mendekatkan diri kepada Allah.
Gua nak sembang pasal aktiviti yang gua hadir semalam. Dah dua kali gua ikuti program ni. Program yang gua join ni adalah aktiviti rutin bagi badan NGO yang dikenali sebagai Pertiwi Soup Kitchen. Depa ni kerjanya sibuk mengagihkan makanan secara percuma kepada golongan  homeless/golongan golongan yang miskin dan sebagainya yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur.
Tahun lepas gua join depa ni kat Kotaraya. Tahun ni, gua join dekat Tune Hotel , area Maju Junction.

Gua memang suka observe human behaviour. Di tempat tempat seperti ni, kita senang saja nak tengok perilaku-perilaku homeless, golongan-golongan yang susah/papa kedana ni.
Ada yang macam segan-segan aja. Ada yang memang jenis riang ria. Ada yang bawak anak-anak kecil bersama.(yang ini gua kesian, sebab apa, gua tak tau apa nasib budak-budak ni bila membesar kelak).
Apa yang gua perhatikan, ini adalah realiti kehidupan yang pahit.Di zaman yang kita bermegah-megah dengan bangunan yang tinggi, kita bergelumang dengan hiburan yang ekstrim, puak-puak elitis yang tidurnya berbantalkan duit, masih ada ramai lagi yang tercari cari slot yang kosong dalam kehidupan zaman ni.
Yang hadir untuk mendapatkan makanan percuma ni, kebanyakkannya yang gua perhati adalah drug addict (ini yang gua perasan, gua mintak ampun kalau bukan), prostitute, pakcik makcik yang tua, budak budak kecik yang tak ada tempat tinggal etc.

Kesian memang kesian. Lu memang patut ada rasa simpat beb. Kena ada perasaan insaf. Lu kerja dekat tingkat 18, bilik sejuk yang nyaman, makan minum bukan masalah, apa yang robert pattinson pakai, lu ada. Jadi bila lu turun tempat-tempat macam ni,lu kena pikiaq, "what u have done to this people"? Kita ni diturunkan Allah dengan amanah. Membantu saudara-saudara kita itu tanggungjawab yang wajib. Tidakkah kita tahu agama Allah adalah agama yang adil, yakni kalau kita memberi pertolongan tak semestinya kepada saudara-saudara seagama/sebangsa sahaja.

Okie, bila gua hadam apa yang ada di depan gua semalam, gua fikir ini menunjukkan manusia ini memang kufur bila menolak/meninggalkan agama.
Gua perhati , kebanyakkan golongan yang gua sebut tadi adalah beragama Islam. Ya,mereka memang perlukan pertolongan/harapan.
Tapi bila tirai rumah ditutup rapat sehingga keadaan menjadi gelap, semuanya menjadi malap. Nak cari kunci untuk bukak pintu supaya mendapat sedikit kecerahan dari luar pun payah.
Ini keadaan sekarang, keadaan yang lu memang tak terasa apa-apa, sebab lu sendiri kata,"setiap negara mesti ada orang miskin"
Tapi gua hairan macamana pemerintahan Khalifah Umar Abd Aziz yang hanya selama 2tahun lebih boleh membuktikan kesejahteraan dalam kehidupan rakyatnya. Macam mana diceritakan, rakyatnya sendiri ada yang menolak zakat kerana kehidupan mereka tak layak menerimanya. Alhamdulillah. Ini jelas bagi gua, bila agama diaplikasikan secara total dalam setiap inci kehidupan, maka dengan izin Allah, Dia beri  nikmatNya pada hamba-hambaNya.
Subhanallah, kalaulah hidup-hidup golongan itu (homeless,etc) macam ni, macam mana depa nak menjalankan ketaatan pada Allah,ya?

Itu cerita golongan-golongan homeless/miskin. Ini cerita golongan-golongan berupaya/elitis kononnya.
Lu tau tak, gua terkejut baca berita, Raja Nong Chik (Datuk Bandar Kuala Lumpur) pada minggu lepas ada join Pertiwi Soup Kitchen untuk mengagihkan makanan pada golongan-golngan homeless ni. Dia join sekali dengan volunteer-volunteer dari Citibank (sempena Global Community Day).
Bagus la dia turun padang. tengok rakyat dia sendiri. Tapi otak gua berkabut cari  soalan.
Setelah sekian lama dia bertugas sebagai Datuk Bandar KL, kenapa masih ada lagi golongan-golongan semacam ni? Gua tak rasa berkurang, gua rasa mereka tu lagi bertambah! Tidakkah ini menunjukkan satu kegagalan?
Ini tanggungjawab beb. Amanah dia pikul untuk menjaga kesejahteraan rakyat.
Apa golongna pemimpin ini dilesenkan sekali dengan kekayaan kah bila memegang tampuk pemerintahan?
Mana pergi tanggungjawab/amanah yang Allah beri sebagai pemimpin/yang berjawatan tinggi?

Ini yang gua pelik. Gua ada rasa marah. bukan kat dia sahaja. Mana mana manusia yang berjawatan tinggi ataupun yang memikul amanah , wajib bagi dia melaksanakan amanah dengan sebaik-baiknya. Kita ini pun pikul amanah. Tak boleh dok harap depa ni ja dok buat kerja. Kita ni pun ada tanggungjawab sebagai hamba Allah.
Tak kira la ang tu sapa, ketua kampung ka, PM ka, rakyat biasa ka-kita secara langsung diamanahkan oleh Allah untuk memberi servis yang baik yang seikhlas mungkin.
Tapi keadaan yang berlaku di KL ni, Raja Nong Chik kena jawab. tak payah jawab di media, lu kena pikiaq sendiri. kehadiran dia buat charity tempoh hari wajib dijadikan platform untuk mengatasi permasalahan. Bukan muncul di media sebagai "pemimpin berjiwa rakyat" konon-kononnya.
Gua dok tunggu jugak kalau kalau ada reporter nak tanya Raja Nong Chik, dalam tempoh pentadbiran dia, apa sebab golongan homeless/miskin teruk ni dok ada lagi. Bangunan KLCC tu tinggi sangat ka sampai manusia di bawah ni susah nak bermalam di tempat yang selesa?

Gua balik sambil gua simpan bermacam macam persoalan dalam otak. Gua mohon pada Allah, supaya gua tak cakap saja, gua wajib jalankan tanggungjawab gua sebagai hambaNya. Ibadah pada Allah kata ustaz gua bukan hanya 5minit atas kain sejadah sahaja, kerana agama Allah,yakni Islam adalah menyeluruh dalam setiap kehidupan manusia yang singkat ini.
Wallahhualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak