Selesai berborak dengan Maarof melalui telefon, John Bennet tak semena-mena menjadi kebengong-begongan. Manakan tidak,
peristiwa yang diceritakan Maarof tadi sudah tak relevan lagi dalam zaman sekarang.
Kabus-kabus kelabu mula berkumpul, bersorak mensenakkan otak John Bennet.
Untuk mencari kepastian, semasa John Bennet membuang sampah, dia ternampak sekeping tape video. Tertulis di tape video itu "Kisah Klasik Konservatif." Macam menarik kata John Bennet.
Di sepertiga malam, bila jiwa-jiwa tenang sedang galak mengail mimpi, John Bennet pula mainkan tape video yang dia jumpa tadi.
Sambil menonton, dia mengunyah cucur jagung yang sudah sejuk dicengkam angin malam.
Semacam kebetulan pula, habis cucur jagung, maka habislah cerita dari tape video tadi tu. John Bennet tersenyum.
Betul lah apa yang diceritakan Maarof semalam.
Kisah seniman bertemu cikgu bahasa arab, diaturkan keluarga, hidup mereka dihinggap rona-rona kebahagian.
Ini memang kisah cinta konservatif yang agung!
John Bennet meninggalkan piring di atas sofa, tv dibiarkan terpasang. Lantas dia baring di lantai bertilamkan toto. Kakinya digoyang goyang lendik, malamnya bergemerlapan kristal.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak