Rabu, 12 September 2012

120985

Rahmat Allah. Tengah-tengah malam hujan. menyedapkan lagi tidur bagi manusia manusia yang lelap memancing mimpi.
Allah sayangkan hamba-hambaNya. RahmatNya melimpah ruah. Salah satunya, kasih sayang dari ibu bapa, isteri, adik adik dan sahabat-sahabat yang mendoakan aku.
Umur yang panjang sebenarnya adalah peluang bagi aku terus menjalani ketaqwaan aku kepadaNya.
Aku memanjat kesyukuran. Hari ini adalah fakta yang tak boleh dinafikan lagi. Tua lagi setahun. Tapi aku mohon kepada Allah supaya aku lebih sihat, supaya aku sentiasa menjadi pemuda (walaupun usia lanjut) yang konsisten menjalani ketaatan kepadaNya.
Aku mohon keikhlasan dari Allah dalam melakukan setiap segi aktivii kehidupan. Aku mohon aku diberi kekuatan dariNya untuk berjaya melawan kemungkaran dan tunduk sembah kepada Allah yang satu.
Dan aku pohon pada Allah supaya aku menjadi seperti orang  orang soleh yang meletakkan akhirat sebagai tujuan utama mereka.
Semuanya-segalanya-setiap yang multi kecil dari setiap item-item kehidupan, adalah hak Allah. aku hamba sahaja. Jadi aku tidak mahu lagi menjadi hamba yang fakir. Fakir dari mendapat kesejahteraan/pengampunan dan  rahmat dari yang maha Hebat, maha Pencipta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak