Aku dan pari-pari polka dot berkesempatan dengan rezeki dari Allah untuk menjelalajah United Kingdom pada Mac lepas. Alhamdulillah, setelah hampir 9 bulan kami membuat perancangan ( dari sudut kewanganlah yang paling utama, tempat-tempat untuk di kembara, tempat tidoq, makan dan transportasi), kredit untuk super pari-pari polka dot aku yang banyak menguruskan segalanya. Ini adalah kerana, time tu kami takda laptop + internet. (ini adalah fakta dude, dan kami bukan dari zaman pra/sejarah). Pari-pari polka dot menggunakan kepakarannya dalam men'online' di office untuk booking /search segalanya mengenai kembara kami nanti. Aku pula uruskan bab duit sikit, check tempat - tempat yang nak kembara serta memberi idea-idea pada pari-pari polka dot.
Kembara kami bermula pada 3hb Mac. Kami pi sana naik Air Asia. Ni kira bulan yang last sekali Air Asia fly ke London. Cumanya, tak silap aku, tarih terakhir untuk fly dari Malaysia to London pada 28hb Mac kot.
Perjalanan dari KL ket Gatwick, London mengambil masa selama 16 jam lebih kurang. Banyak la mat-mat saleh yang naik sekali, maybe balik ke kampung halaman masing-masing lah kot. Aku and pari-pari polka dot duduk bersebelahan seorang mat saleh yang maybe kerja kat sini kot. Mamat ni memang sangat cool. Hey mamat saleh, if you can read this, u earn a credit from us ;)
16 jam beb, memang keraih habis la dok dalam flight. Bukan boleh buat apa pun. Tunggu je la sampai sana. Lagi satu, dari KL kami bertolak dalam 9 pagi, all the way nak pi Gatwick tu siang ja. Aku ngan pari-pari polka dot taktau time bila nak tidoq (jetlag) sebab cerah ja kat luaq. Kami secara tidak sedaq telah bertukaq menjadi zombie yang makan megi cup.
Sebelum sampai Gatwick, muka aku memang kelat . Aku ada la rasa nervous sikit. macam macam dok pikiaq-dari macam mana nak solat sampai kat sana, hal-hal transportasi lah dll. Tapi pari-pari polka dot memang dok renyih dari pagi tadi.
Setelah membatu dalam flight, Kami sampai di Gatwick, dalam pukul 245 (waktu tempatan, London, 3hb March).
Elok ja turun, aku jaditeruja. Sempat aku kata kat pari-pari polka dot, "kalau macam ni sesat pun takpa" hahahaha. Memang sesat pun first time turun kat West Brompton. Tapi ini sesat sebab tak reti naik tren london yang gila berselirat. Bab ni, nanti aku tulih kat next entry okie.
Sampai kat Gatwick airport, lepas di interview oleh Mr Kastam, kami ambik Easy Bus untuk pi West Brompton. Mr Kastam, okie ja, takdak la pulak macam Tuan Kastam kat LCCT yang susah nak senyum tu. Ini realiti okie. banyak lagi benda yang boleh yang kita beza kan masyarakat kat Malaysia dengan puak-puak yang pernah menjajah kita satu ketika dulu. Tapi yang tu kita crita kat entry lain.
Dari Gatwick ke West Brompton ambik masa dalam 2jam jugak la. Cumanya 2 tempat ni dalam London lagi. Gatwick ni dalam kawasan south london kalau tak silap aku. Kawasan ni macam kawasan luar bandar sikit. Tapi cantik. Ada satu kedai kat sini namaya "Dosa Express'. jangan tanya la kedai ni operates business apa. Rui aku tak sempat snap gambaq kedai tu.
Aku taktau kalau orang lain rasa biasa saja. Tapi aku memang rasa hairan. Sebab apa, sebabnya, bila kita negara asing, bila kita dongak ke atas, kita tengok langit yang sama. Biru yang tenang warnanya, tak ada yang beza dengan lagit di negara kita. Tapi, cuacanya lain, sejuk di United Kingdom, panas di Malaysia. Ini bukti ke-Esaan Allah SWT. Kepintaran Allah memang tidak boleh dinafikan. Seperti yang Allah kata dalam Al-Quran, Dia jadikan kita dari pelbagai kaum, warna kulit untuk kita berkenal-kenalan. Kerana dengan itu adalah tanda Ke-Esaan Allah.
Yup, kembara kami sebagai backpacker akan bermula. From Gatwick to West Brompton to South Clapham to Cardiff City to Bristol to Birmingham to Manchesther to Convent Garden . Me & pari-pari polka dot , we announce the journey starts here!


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak