Isnin, 20 Mei 2013

BUKAN PUISI HASUTAN


Masuk hari ini,
Entah ke berapa kali
Demokrasi terus dizalimi

Ia sudah lunyai, terpenyek
Di atas jalan bertar hitam
Baunya hanyir di bawa bauan jalan

Bersuara, beerti sanggup direman
Mujur perpaduan kekal berjuang
membulat solidariti di jalanan

Untuk apa lagi perlu menunggu?
Masih relevankah berjuang
Bersenjatakan papan kekunci di Facebook?

Suara-suara soprano berbicara 
Tunggulah 5 tahun lagi
Tunggulah 5 tahun lagi

Soalnya saudara
Ada lagikah harapan di 5 tahun nanti?

Penuhi ruang-ruang jalanan
Seragamkan laungan
Terima Kasih anak-anak muda,
REJIM PASTI TUMBNG DI JALANAN!

HIDUP RAKYAT! HIDUP RAKYAT!HIDUP RAKYAT

John Bennet
20 May 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak