Seorang duda yang mahu berkahwin lagi. Dia dihimpit angau dibelai seorang isteri muda, tak kira siang malam bintang-bintang bekerja keras menari untuk mereka.
Seorang dara sedang membelek kain-kain untuk di buat pakai pada hari pernikahan dan majlis resepsi. Sesekali tersenyum apabila terbayang dirinya diperlakukan seperti seorang permaisuri, duduk di singgahsana, mengambdi dirinya pada cinta.
Duda dan Dara berbalas sms. Berkira-kira untuk bertemu pada esok hari, yakni berkebetulan jatuh pada hari guru. Tak apalah, hari guru cerita lain. Ini cerita tentang mereka berdua. Rancangnya untuk bertenet di Starbucks, tapi ditolak oleh si Dara. Katanya, " I tak sanggup melihat Palestinians mati bila I hirup secawan kopi latte Starbucks".
"It's okay sayang, then kita jumpa di Pelita sudah" pujuk si Duda. Dara tidak membalas sms. Duda faham, orang tua-tua kata, diam , tandanya setuju, mengerti?
Duda pesan teh ais, nasik kandar lauk kambing, Dara pula dengan teh tarik, cukup sekadar 2 keping roti canai kosong. Malang sekali, yang datangnya roti sardin. Tak apalah, terima sahaja, yang penting pertemuan hari ini. Makanan dan minuman ni sekadar modal sahaja.
Untuk menampakkan pertemuan ini kasual tetapi romantis, mulanya bicara pasal hal politik. Kata Duda, BN dah menang, selamatlah orang melayu. Apa lagi yang Cina mau? Dara kata, BN menang tipu, ada ka panggil Bangla turut buang undi? Duda sedikit tersentak, tapi masih cool, di keluarnya cerita gosip artis. Baru-baru ni kan sayang, I dengar ada Artis lelaki kena tangkap khalwat. U jangan dengar sangat cerita artis, boleh tak?
Duda mencuba lagi, kali ini topik rumah tangga. Kata Duda kalau mereka sudah berkahwin, Duda mahukan Dara masak sekerap mungkin, sebab Duda suka makan kat rumah. Dara pula sambil mengunyah roti canai berkata "Okie, I cuba,"
Serupa ada yang tak kena. Duda dengan usahanya tak jemu-jemu menghidupkan suasana, akan tetapi Dara pula sedingin boleh menghentikan suasana. Padahal kedua-duanya mahu dinikahkan secepat mungkin.
Keadaan seperti lampu yang tersedak-sedak memancar cahaya, perlahan-lahan malap.
Tiba-tiba, henfon Duda berbunyi, sms masuk.
"Daddy, bila nak baik, dah malam ni, kami lapar. tolong bungkuskan roti tampal 4 keping. oh, lagi sau, kitaorang sedang layan youtube, UAI. Dia kata, pasangan yang bukan berkahwin, haram berdating, tambah-tambah naik kereta sekali. Mendekatkan diri dengan neraka Daddy"
Eh, dara jom lah balik. I sakit perut. U naik cab jer lah ek.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak