Jumaat, 19 Julai 2013

APA KHABAR MELAYU ISLAM?

Apa khabar Melayu Islam, pada Ramadhan ini?
Sudah merancang hotel mana 5 star mana
untuk berbuka tahun ini?
Sudah merancang tema warna 
baju raya tahun ini?
Sudah merancang berapa pasang
baju kurung tahun ini?
Sudah merancang berapa balang
kuih raya tahun ini?
Sudah merancang perabot usang mana
yang perlu ditukar tahun ini?
Sudah merancang untuk menukar
karpet, jendela dan tudung meja 
untuk raya tahun ini?
Sudah merancang untuk menukar kereta baru?
Untuk di bawa berhias riak pulang ke kampung

Atau
Sudah merancang
berapa rakaat tarawikh pada tahun ini?
dua puluh atau lapan sahaja?

khabar bagiku Melayu Islam 
tidaklah bergemerlapan sinar nur ramadhan

Melayu Islam sudah merodok ruh ramadhan
melimpah keluarlah kenikmatan dan pengampunan
tanpa dikutip pun sedikit mungkin, 
yang telah dijanjikan Yang Maha Esa
Melayu Islam galak mahu berpesta, riaknya dengan perhiasan
sahaja

Melayu Islam gembira menjadi hamba
pada kapitalis yang sudah membuka pintu mimpi
menjual dogengan dengan promosinya
"raya setahun sekali"

Melayu Islam megah menyarung jubah emas
jalannya tenang lagak seorang yang tawaduk,
berdagang mewah menjual nama agama,
buat bekalan duit kocek menghias diri 
di KLCC

Sudikah kiranya Islam Melayu 
menjawab pertanyaan ku lagi,

Apa khabar Melayu Islam, pada Ramadhan ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak