Isnin, 5 Ogos 2013

ITU MALAYSIA


Lihatlah Malaysiaku,
Barisan Pemimpinnya riak berbangga dengan keamanannya
sedang hari-hari di Malaysia berhujan kekecohan
rakyatnya dirompak,diragut,dirogol, dibunuh dan ditembak
setiap jam di jalanan

Lihatlah Malaysiaku
Barisan Pemimpinnya riak berbangga dengan kebahagiaan
sedang hari-hari di Malaysia berpeluh pergelutan
rakyatnya berlelah-lelah, terhidrat tenaga
menjadi hamba pada kapitalisma

Lihatlah Malaysiaku
Barisan Pemimpinnya riak berbangga dengan kekayaan
sedang kocek rakyatnya ditebuk lubang hutang
cukup bulan 25 haribulan, itu ini mesti dibayar
rakyatnya berduit tapi koceknya carik

garisan khatulistiwa melilit dunia
itulah malaysia..


John Bennet
28 Ramadhan 1434

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak