Selasa, 6 Ogos 2013

SEMANGKOK LAKSA DAN SEBUAH CITA-CITA

Aku merupakan peminat laksa tegar. Aku tidak mahu kategorikan aku seorang purist laksa. Aku lebih gemar digelar laksa freak. Ini kerana ia kedengaran lebih cool dan rilek. Daripada digelar purist, ianya kedengaran mengada-ngada dan terlampau particular.
mana-mana kedai atau warung yang jual laksa, aku pasti singgah. Dan kebanyakkan yang aku makan semuanya sedap dan kena dengan citarasa aku. Okie, jujur lah aku cakap, tak semua sedap, tapi okie lah. Aku memang suka laksa. Kena pulak time gian, pekena laksa semangkok RM7 kat Jusco Midvalley pun aku sanggup.

Aku sebenarnya tak suka bila laksa di rip off dengan harga yang mahal melampau. Bagi aku RM5 bagi semangkok laksa sudah cukup mahal. Tapi untuk menjual laksa di kota Kuala Lumpur ni, harganya acceptable. Di Kedah, aku boleh makan laksa dengan harga RM1.50 semangkok. Tak ka rip off bila di kota Kuala Lumpur ni mengada-ngada servis laksa denganmangkok besaq bunga-bunga dan jual dengan harga yang mainstream?

Sebagai penggemar laksa yang real, aku simpan cita-cita untuk bukak satu kedai laksa yang hip. Aku hanya akan jual laksa dan soya bean lengkong dan cendol dan ais kacang dan rojak buah. Aaa, tambah satu lagi, sirap limau. Aku tak mau jadi peniaga kapitalis yang mengaut keuntungan atas keinginan dan ketagihan penggemar laksa. Dan seperti peniaga lain, aku letak harga laksa dan minuman di kedai aku dengan harga patut. Clichy kan?

Untuk menjual laksa, mestilah tahu cara-cara membuat laksa. Dari cara menguli tepung beras, membentuk mee laksa itu sendiri dan seterusnya memilih ikan yang fresh untuk kuahnya dan tak lupa juga sayur-sayur yang menghiasi laksa, ini semua langkah-langkah yang bakal membuatkan laksa aku menjadi legend!

Masalahnya sekarang, aku kat tesco dah dekat 3 jam. Aku tak kenal la mana satu ikan kembung. Mak aku pesan suruh beli 3 kilo buat habuan nak buat kuah laksa, nak jamu adik beradik mai rumah raya kedua nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak