Selasa, 6 Ogos 2013

BATU

Ada batu dalam hati ini
keras dan kaku
berlumut
semakin berat untuk ku angkat
untukku lempar jauh-jauh
agar hati ini kembali lega
agar hati ini kembali lapang
tenang
ringan
dari segala dosa yang terkumpul
sejak dilahirkan

Ramadhan satu peluang
buat aku yang keberatan hatinya
dalam malam-malamnya dijanjikan Tuhan
buat oraang seperti aku
yang sudah karam dalam dosa seluas lautan

yang aku mahukan pengampunan
dan keredhaan
darinya,
Tuhan, semesta Alam

John Bennet 29 Ramadhan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak