Rabu, 14 Ogos 2013

DUA PINTU

di hujung horizon sana ada dua pintu,
satu pintu bertombolkan emas
di dalamnya ada kebahagian
kamu bisa berjumpa erti cinta di sana
ada ruang luas yang akan buat kamu senyum
langitnya biru, permaidaninya rumput hijau
nyaman,
damai,
tapi tiada sesiapa pun menghuni
bunyi kicauan burung pun tiada
malam hari, kamu digigit kesunyian
perlahan-lahan kulit kamu berkedut
dan kamu temui,
usia emasmu

satu pintu lagi, bertombolkan besi biasa
di dalamnya ada kehidupan
kamu bisa berjumpa rasa pahit, rasa manis
ada ruang kecil, kadang kadang,
ada ruang luas kadang-kadang
bila kamu selak jendela,
langitnya ada masa warnanyan kelabu
ada masanya warnanya cerah
kamu takkan sunyi
hidup sentiasa mengganggu kamu
dan bila tiba masa
perlahan-lahan kulit kamu berkedut
dan kamu juga temui
usia emasmu

atau kamu tidak perlu berjalan ke horizon sana
kamu punya hak untuk terus bertapak di sini

John Bennet
14 Ogos 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak