Isnin, 21 Oktober 2013

ANTARA KETIRISAN DAN KEBODOHAN

Dalam kesemakkan laporan ketirisan
Berkepuk kepuk duit kita di bazirkan
Kedengarannya berjuta-juta
Salah guna
Membazir-bazir

Terduduk aku mencongak angka-angka
Yang diragut dari kocek aku
Dari kocek kamu
Dari kocek-kocek mereka juga, borjuis, sedarjat kita

Tetiba
Sekelompok manusia
Mengaku penghuni syurga
Mengaku pembela tuhan
Bertempik-tempik
Dendam merah menyala
Beraninya mereka-menyelamatkan kalimah Qudus
Sang pencipta, tuhan sekalian makhluk

Sehingga darah menitis yang terakhir kali, katanya
Milik mutlak kita-kita aja

"Dan sungguh jika kamu bertanya pada mereka
siapakah yang menciptakan mereka,
nescaya mereka menjawab: Allah
maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan?"

Sayangnya
Bodohnya mereka mereka ini bukan kecil-kecil anak.

John Bennet
18 October 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak