Isnin, 21 Oktober 2013

TRUE DESIRE WAITS

Dari kerusi pejabat
Aku lihat dunia di benua sana
Aku gigil dinginnya salji
Aku segar dengan tumbuhan bunganya
Aku rasa tiupan angin
Aku jua rasa panas musimnya

Rasa-rasa begini hadir dari pembacaan
Dari mata kasar
Menonton dari kaca tv

Hakikatnya, aku tegap berdiri
Ada masa, aku duduk
Menanti waktu yang sesuai
Tiba menjemput

Aku, dia dan anak kecil yang baru tumbuh gigi
Berlalu pergi,
Mengembara,
Merantau,
Mencari-cari

Ada yang tak kena di sini
Meski pesan orang-orang tua
Lebih  enak hujan batu
Di tempat sendiri

***************
Ada masanya , hujan emasa di sana
Lebih beerti
Ubat-untuk kehendak diri

John Bennet
21 Oct 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak