Ahad, 27 Oktober 2013

DEPA KATA SINI OPEN MINDED


First day aku bekerja pada bulan Julai. Dua, tiga minggu selepas tu, bulan puasa. Jadi ini kira sejarah dalam hidup aku lah sebab pertama kali berpuasa ber'title'kan pekerja bank.

Aku masih tak buat 'call' untuk kutip hutang sebab ID dan ada benda-benda lain masih belum siap. Sementara itu, aku hanya 'observe' senior-senior belajar untuk handle call serta bertanya mana yang patut pada depa. 

Supervisor aku suruh observe seorang senior yang aku agak pekerja contoh kat sini. Dia ni nampak sangat berdisiplin, efisyen dan komited.Cara dia berinteraksi dengan customer memang hebat. Sopan dan firm. Dengar cerita,senior ni memang top performer. Selalu dapat insentif paling tinggi dan pujian dari supervisor dan manager-manager yang lain.

Aku harap dengan meng'observe' senior ni, aku bakal menjadi pesaing terdekat diasuatu hari nanti. Segala ilmu yang diperturunkan oleh senior ni, aku tuliskan dalam buku nota supaya ingat. Setiap soalan aku dijawab dengan jawapan yang baik-baik. Semoga rezeki hang terus masyuk hendaknya senior!

Senior aku ni peramah jugak kadang-kadang. Dia suka bercerita hal-hal kerja, tanya aku dah ada girlfriend ka belum, kampung kat mana, dan ada sekali tu sebab dah masuk bulan puasa, dia suruh aku beli biskut raya yang mak dia buat.

Nak di jadikan cerita, ada sekali tu tengah bersembang-sembang sambil dia buat 'call' dia kata kat aku , " kat sini, kita semua open. Budak laki-laki yang tak puasa semua tapau makanan makan kat dalam pantry. Takdak sapa pun kisah, takdak sapa pun nak marah"

Aku yang masih baru ni senyum saja. 
Muka aku ni nampak gayanya muka budak laki terlebih baligh tak puasa gamaknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak