Isnin, 28 Oktober 2013

BINASA DADAH

Ricard Ashcroft sudah berusia 42 tahun. Lagu-lagu yang dia tulis semasa bersama The Verve memang kebanyakkannya nostalgia dan bagi pendapat aku, memang jiwang dan patah hati.

Yang syoknya, cerita-cerita cinta yang Richard Ashcroft tulis semuanya berpuitis dan berseni . Lari dari tulisan cerita cerita cinta patah hati yang tipikal. Aku rasalah, cerita cinta mamat British ni lagi kool dari kisah cinta mamat-mamat dan minah-minah di Malaysia. Sebabnya satu, kita di sini kalau tulis kisah cinta, semuanya sebab perbezaan darjat keturunan, halangan dari orang tua dan paling buat aku menangis, cerita cinta yang berhenti di pertengahan jalan sebab budak laki belajar sampai darjah enam yang ditinggalkan aweknya yang menyambung cita-cita memanjat menara gading. Jadi tak boleh kawin sebabbudak  laki yang bengap tak boleh kahwin dengan budak pompuan straight A's.

Kalaulah Along Spoon masih hidup, aku akan beri cadangan buat dia untuk dengar album-album The Verve atau Morissey paling kurang. Tomok tak boleh lah, dia dah duit banyak. Dia boleh buat musik apa yang dia suka.

Sudah cukup lapan hari aku asyik dok ulang track The Verve-Drugs Dont Work. Lagu ni ditulis dalam album debut The Verve , Urban Hymns yang release pada tahun 97. Aku nasihatkan jangan dengar lagu ni. Ini bukan sebarang lagu brother. Kalau hang patah hati, pergi cari lagu lain. Jangan sesekali berani mencuba untuk dengar lagu ni. Hang akan menangis teresak-esak dan tak mampu berjalan melainkan akan terus repeat dan repeat dengar lagu ni. Sampai lah hang lost bersama si laki tak guna, Richard Ashcroft ni.

Aku dah terkena. Sengaja cari pasal dengar lagu ni. Aku yang tengah bahagia ni pun terpaksa patah hati sama selepas berulang kali mendengar lagu yang dia cipta 17 tahun lepas.
Tak guna betul!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak