Petang tadi, balik dari kerja aku naik elarti Putra ke
stesen Gombak. Dari stesen Gombak, aku ambil kereta dan pandu langsung pulang
ke rumah di Damansara.
Biasalah, bila sudah petang begini, elarti sesak dengan
abang-abang dan kakak-kakak pejabat muka
keletihan yang telah menghabiskan kederat masing-masing untuk prestasi kompeni
tercinta.
Untuk mengilangkan kepenatan, kebanyakkan mereka akan merawat lelah dengan bermain smart phone
masing-masing. Ada yang dok scroll newsfeed fesbuk, ada yang dok ber'whatsapp',
tapi yang paling glamer aku perhati setakat ni ialah, main candy crush sambil
dok mintak nyawa. Aku baru perasan Malaysia ni dah maju, nak main game macam tu
pun kena mintak nyawa.
Tiba di stesen Setiawangsa, ada seorang budak kecil
dalam lingkungan satu tahun lebih, duduk dalam pangkuan ibunya menangis
merengek-rengek. Aku syak budak tu dah buat perangai sebab dah bosan duduk
dalam elarti lama-lama yang sesak dengan manusia. Makin lama makin kuat pulak
budak tu menangis. Ayah dia yang berdiri menghadap ibu dan anaknya tu mendukung
budak tadi sambil memujuk-mujuk supaya budak kecil tu berenti menangis.
Orang-orang sekeliling rileks saja. Masih lagi dok
scroll newsfeed fesbuk. Aku sesekali tengok budak tadi meragam. Macam anak aku
jugak lah, dah boring mula la nak meradang.
Ada satu kakak ni berdiri di sebelah aku. Dia pakai
tudung kaler pink. Aku tengok mulut dia dari tadi terkumat kamit sejak mula
budak kecil tu menangis. Dah sah, dia sudah bengang. Dia dok berleter
sorang-sorang. Keadaan yang sesak, kena berdiri dalam elarti tambah pulak ada
budak buat bising. Mulut kakak tu panjang memuncung sampai bersentuhan dengan
pintu elarti.
okie, itu tipu. Metafora saja lah.
Lalu aku perlahan-lahan berbicara secara intipati dengan
kakak tadi. Aku cakap, 'kak, rileks lah. Budak kecik bukannya dia tau apa pun.
Dia rimaih dok dalam tren ni lama-lama la tu'.
Kakak tudung pink tak balas. Mulut dia lagi laju
terkumat kamit berleter. Kali ini lebih lama.
Aku tau, balik ni dia mesti nak cepat-cepat capai laptop
dia dulu, updat fesbuk kejadian budak nangis dalam tren yang buat dia bengang
tadi. Aku agak update dia lebih kurang macam ni ;
"kalau dah tau budak kecik suka menangis, jangan
lah bawak naik tren. Bising lah! Parents, please take note, okie!
89 likes.
Haish.
Malaysia ni bukan setakat gula saja naik harga, perasaan
cinta pun dah hilang!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak