Aku berbaring malas di bahagian belakang tempat duduk. Sebagai penganggur, kerja aku hari hari adalah meneman mama mengambil adik-adik aku pulang dari sekolah. Dah dekat 4 bulan aku lepak pisang kat rumah. Enjoy beb, bangkit dari beradu lambat, makanan bukan menjadi masalah, layan movie sampailah layan semua jenis rancangan TV. Hampa pernah tengok cerita 'Manjalara' slot petang di TV3?
Hah! Itu salah satu drama bersiri feveret aku!
Sebelum ni, aku kerja sebagai English Tutor dekat kolej untuk jangka masa 3 bulan lebih. Aku dapat job ni seminggu selepas aku siap Final Presentation untuk degree aku.
Mula-mula aku dapat offer dari lecturer aku, aku punya la perasan habis. Sebabnya, aku fikir, lecturer aku sudah mengiktiraf English Level aku yang dah mencapai tahap super power. Aku asyik dok ulang pertanyaan aku kat Baity, ( member aku ) pasai apa lah yang Cik Rosnah dok pujuk aku suruh jadi tutor sangat, dengan harapan Baity akan jawab " Sebab English hang power la". Nak lagi sedap, Baity boleh jugak tambah, 'lagipun, budak-budak batch kita tak dak konfiden level yang tinggi untuk jadi seorang English tutor yang berwibawa macam hang'.
Hahahaha. Aku memang menjangkakan jawapan sebegini.
Tapi, demmit! Baity menjawab dengan senyum kambing, jawapan yang meranapkan riak aku. Sebenarnya, Cik Rosnah yang pertama kali offer Baity. Bila si Baity ni dapat offer, dia cakap kat Cik Rosnah supaya ambik aku sekali.
Ini tidak lebih dari satu penghinaan pada kekredibilitian aku!
Gaji yang ditawarkan kolej, bolehlah. Cukup untuk aku makan, beli kasut 3 pasang ( setiap bulan satu pasang), selebihnya untuk mengasah bakat di karaoke jamban dekat area-area Kajang dan Putrajaya. Kerja aku pun senang. Hari hari buat kelas intensif English untuk budak-budak yang baru habis STPM. Seingat aku, banyak yang merapu dari belajar.
Tak apalah, yang penting budak-budak tu enjoy. Kalau stress belajar nanti budak akan jadi malas dan boring kan?
Okie, berbalik cerita aku terbaring dalam kereta tadi. Tengah-tengah baring sambil sembang dengan mama, aku terima satu call. Nombor depan 03. Sah dari KL! Aku tekan butang 'answer' dan ada suara seorang amoi cakap,
"Helo can I speak to John Bennet?"
Aku pun jawab dengan mudah,
"Yeah, speaking"
bla bla bla bla...Amoi yang call tu dari foreign bank di KL ajak aku hadir interview untuk salah satu vacancy yang depa offer.
Aku tanya pendapat mama samada patut atau tidak aku hadir interview tu? Mama cakap pi je la. Lagipun itu kompeni US, bukan kompeni tiga sekupang. Bapak aku pun bagi pendapat yang sama. Jadi berkemaslah aku mana yang patut, esok malam aku bertolak ke KL naik bas. Plan aku, sampai sana terus ke opis kompeni tu di Jalan Ampang. Habis interview boleh lepak dengan budak-budak rumah sewa aku dulu.
Aku taklah teruja mana pun sebenarnya. Mungkin disebabkan tu, aku tak mengharapkan sangat. Cuma aku nak melalui pengalaman interview. Sebagai bekas English Tutor, aku nak buat amoi tu impress dengan percakapan aku. Kalau tak malu beb, mana nak letak muka kalau seorang English Tutor cakap English berterabur semasa interview.
Aku sampai di tempat interview dalam pukul 945 pagi. Terus di sambut amoi yang call aku. Nama dia Ms Ng. Dia terus ajak aku masuk bilik kecil untuk memulakan interview session.
Aku akui aku memang well prepare walaupun aku tak mengharapkan apa - apa. Setiap pertanyaan dia, aku jawab dengan baik dan ada kalanya aku 'up'kan diri aku. Mengikut member aku yang berpengalaman, depa suruh 'up'kan diri kita bila di interview. Cara ini secara tak langsung dapat memikat hati interviewer. Itu kata dia lah! Sampai sudah aku tengok member aku tu lepak kat warung laksa saja hari-hari.
Aku dapat rasakan Ms Ng memang nak ambik aku kerja secepat mungkin. Sebab dia ada kata, peratusan aku mendapat kerja ni memang tinggi. Dia pun ada tanya aku bila boleh start keja. Aku pula nak tolak offer pekerjaan di situ disebabkan gaji basic aku hanyalah seribu ringgit.
Biar betul? Nak makan apa seribu kat KL ni? Jadinya, untuk berkata tidak pada vacancy, setiap soalan kemudian, aku jawab lebih kurang saja. Tapi Ms Ng semacam berkeras nak ambik aku kerja. Macam-macam alasanlah aku bagi, nak ambik lesen lah, bagi masa aku fikir lah. Kemudian, Ms Ng tamatkan interview tu, katanya nanti dia akan telefon lagi.
Aku balik Sg.Petani dan berdiskusi dengan orang tua aku. Depa sebolehnya mahu aku bekerja kat kompeni perbankan tu. Aku pertahankan keputusan aku dengan hujah yang paling konkrit yakni mau makan apa seribu di KL?
*********
Selang seminggu selepas tu, Ms Ng call aku. Jawapan aku sama. Aku nak ambik lesen kereta, jadi aku tak boleh pergi kerja lagi.
Minggu kedua , Ms Ng call lagi. Aku jawab - bagi aku lagi seminggu untuk aku berfikir.
Dan minggu ketiga, aku yang call Ms Ng.
Hello Ms, it is me. Do you still have the vacancy that you have offered me?
Aku dengar Ms Ng ketawa kecil di hujung talian.
Seribu pun seribu lah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak