Di hujung tulisan ini aku izinkan kalian untuk memberi
pendapat masing-masing atau kalian jugak dialu-alukan untuk memberi nasihat
sebijik dua.
Sebelum aku beli kereta kenari biru aku yang power tu,
aku berulang alik dari rumah ke opis aku dengan menaiki bas dan seterusnya
menaiki elarti. Dari rumah, aku akan naik bas sehingga ke Leboh Ampang, dan dari
situ aku langsung menaiki elarti yang berdekatan , iaitu di stesen Masjid Jamek
menuju ke stesen Ampang Park yang betul-betul dekat dengan opis aku bekerja.
Naik bas di Malaysia yang merdeka ni tak sama dengan
naik bas di Eropah, negara penjajah tu. Hangpa taulah, dengan drebar bas yang
tak sopan langsung, bawak bas macam berlumba di litar Sepang dan yang paling
aku tak tahan ialah, tak punctual langsung! Ikut suka dia lah nak mai bila, nak
jalan bila.
Di kawasan perumahan aku, mungkin di sebabkan
penduduknya kurang menggunakan perhidmatan bas membuatkan perhidmatan di sini
ala kadar saja. Maksudnya, jika bas di kawasan lain perhidmatannya beroperasi
dari 6 pagi sampai 11 malam, di kawasan perumahan aku masa perhidmatannya
terhad. Beroperasi pada pukul 6 pagi sampailah pada pukul 630 petang. Lihat
pada jumlah penumpang yang mahu berulang alik dari kawasan aku ke KL. Kalau
ditakdirkan ramai yang mahu pulang dari KL ke rumah aku di Sri Damansara,
kemungkinan masa perhidmatannya akan dilajak sedikit.
Ini bermasalah bagi aku, sebab bekerja dengan sang
kapitalis, kederat aku di gunakan secara total. Sepatutnya tempoh bekerja hanya
dari 9 sehingga 6 petang, tapi demi slogan 'bekerja sama sebagai satu pasukan',
aku dan yang lain-lain akan mengikut giliran untuk stay back ( kerja lebih
masa) sehingga pukul 9 malam.
Walaupun bergilir-gilir tetap letih brader. Serius!
Ditambah pula bila balik malam, bas ke kawasan rumah aku
tak ada. Aku terpaksa ambik bas yang menghala ke Damansara Damai yang satu arah
ke rumah aku. Aku terpaksa berhenti di luar kawasan perumahan dan jalan kaki untuk
balik ke rumah yang jauhnya kira-kira dalam 4 kilometer.
Kalau kesabaran tipis, aku akan mencarut-carut sambil
berjalan sendirian dalam kelam malam.
Bila rutin seperti ini berterusan, mental dan emosi
menjadi tidak stabil. Penat semalam yang tak habis lagi, esok pagi kena bangkit
awal dan berkejaran untuk menaiki bas yang paling awal seawal 550 pagi.
Segalanya sangat mencabar dan ada ketikanya menjadi huru hara. Setuju?
Awal subuh tadi, hang melambai-lambai tangan untuk menahan
bas, dan drebar bas dengan busuk hatinya berjalan, tak berhenti untuk
tumpangkan hang, agak-agak hang la, apa yang patut hang buat?
Kalau aku, aku protest!
Dengan cara - persetankan bas tadi, balik rumah, sms
supervisor, cakap pagi ni kena cirit birit, terus sambung tidur!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak