Awi ni member aku di ofis. Dia satu batch dengan aku mula mula kami masuk kerja. Aku respek dengan Awi sebab hari
pertama di ofis lagi dia dah ada cita-cita yang gempak.
Awi bilang sama aku dia kerja di sini hanyalah untuk
sementara mecari modal untuk membuka bisnes nasik kukus. Kali pertama aku
dengar dia kata macam tu, aku sambut dengan senyuman saja. Aku tak rasa pun dia
akan betul-betul bukak bisnes nasik kukus. Eh kamonla, takkan nak juai nasik
kukus saja, helo?
Mungkin di sebabkan Awi ni seorang warga negara Kelantan
, jadi tak hairan lah dia memang suka berniaga. Dulu-dulu selepas grad, Awi
berniaga kecil kecilan jual baju bundle di Uptown. Waktu tu Uptown Damansara
tak bungkus lagi. Bila ada kesempatan bekerja di sini, Awi memang pulun
habis-habisan nak kumpul modal. Kata Awi, di department ni (department kutip
hutang kad kredit) memang lubuk buat duit. Aku iyakan aja cakap Awi. Malas nak
argue banyak-banyak, lagi pun gaji pokok aku seribu saja. Masih ingat?
Semua senior aku kat opis ni cukup impress dengan Awi
bila depa tanya kenapa Awi pilih untuk bekerja di sini. Rata-rata tabik hormat pada
Awi. Tak lupa jugak yang turut bersama mendoakan kejayaan Awi ni. Aku pulak
cakap kat Awi kalau dia dah berjaya dengan bisnes nasik kukus, aku nak tumpang
makan free.
Hari terakhir Awi di ofis merupakan hari kebahagiaan
buat dirinya. Mana taknya, 2,3 bulan sebelum tu lagi Awi sudah run business dan kata Awi, bisnesnya menampakkan masa depan yang gemilang. Lagipun ini lah masanya
untuk fokus seratus peratus pada impiannya.
Setelah berhenti, kini Awi dah ada 9 gerai kecil di serata Wangsa Maju, Setapak dan Sri Rampai. Lori pun si Awi ni mampu beli. Itu belum
aku cerita dia beli rumah tiga ratus ribu lagi. Kereta pun hebat, pakai Honda
City kot. Bini lawa, dah ada anak kecil sorang. Waktu aku nak backpack di UK,
Awi pesan suruh beli apparel Ben Sherman kat dia. Selamber dia bawak keluar
duit beratus-ratus depan aku. Aku telan air liur sebab dalam poket aku ada baki 5 ringgit saja.
Cumanya yang paling nostalgia, bila aku jumpa Awi di
gerai dia di Wangsa Maju, dia akanbelanja aku nasik kukus free sebab kata Awi,
banner nasik kukus dia yang aku desain dulu lah yang buat nasik kukus dia laku.
Dan sampai sekarang pendrive aku yang aku savekan desain banner dia tu masih
dia simpan elok.
Eleh, macam aku taktau dia nak jaga hati aku sebab pendrive aku tu dia dah simpan berkurun!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak