Selasa, 5 November 2013

KERJA GILA

Some people never go crazy, What truly horrible lives they must live"- Charles Bukowski

Sebenarnya, kita semua kena mengaku yang kita memang ada penyakit emosi. Penyakit semacam ni datang dan pergi sesuka hati dan kadang-kadang dia singgah pada tempoh yang sangat lama. Seolah-olah macam tidak mahu pergi.  

Dan kita lah yang selayaknya perlu bijak melawan penyakit emosi yang kita sendiri hadapi. Kalau tidak, senang-senang saja kita akan dikalahkan. So come on folks, don’t let the depression takes away your sunrise!

Penyakit emosi, depression ni kalau dikumpul dari sehari ke sehari memang membuah parah. Pagi ni aku rasa depression yang aku terima dari kerja-kerja di pejabat sudah di tahap parah dan bernanah. Sang kapitalis pedulik hapa perasaan pekerja seposen macam aku ni? Yang dia tahu, hari hari aku kena collect duit hutang dari customer-customer kompeni. Orang melayu cakap, pandai pinjam, pandai bayar. Memang benar, sang kapitalis pun berfalsafah yang sama.

Peliknya, aku masih bangun awal-awal pagi, bersiap seperti selalu dan kali ni, aku memandu kereta ke pejabat. Selalunya, aku akan ambik elarti saja dari aku menambah kekalutan dalam pagi dengan bersesak-sesak  di Jalan Kuching.

Entah apa kena, aku pun tak tau. Jadi aku teruskan saja, mintak-mintak penyakit emosi aku dan kadar depression yang sang kapitalis sudah tabur akan berkurang dan aku akan menang bila aku sudah melangkah masuk ke pejabat nanti. Semuanya akan settle dengan izinNya. Penyakit emosi dan depression pasal kerja ni memang sebenarnya mahukan kita tak pergi kerja. Itu yang sebenarnya dia mahu.! Aku tak maulah macam tu sekali, lemah sangat nampaknya. Jadi aku kena kuat lah!

Aku keluar awal supaya tidaklah nanti aku bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak yang tak reti memandu hemah pada pagi hari di Kuala Lumpur. Sampai di sekitar pejabat  kelihatan masih awal. Dalam pukul 7 rasanya aku sampai. Aku parking di kawasan yang dilarang di suatu lorong  kecil bawah pokok. Redup dan mata masih mahu lelap seketika sebelum masuk ke pejabat.

Aku set alarm 15 minit sebelum pukul 9.

***************************

Bila alarm sudah berbunyi, aku bangun check pukul berapa. Gosok-gosok mata sikit, aku ambik henfon, aku taip sms “Morning supervisor, I have a terrible diarrhea today. Seem need to take MC, so sorry.”


Aku start engine, lepas handbreak terus jalan pulang ke rumah cari klinik berhampiran, tunjuk muka pucat sakit perut cirit birit dekat doktor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak