Selasa, 12 November 2013

SANG ANARKIS BERTEMU CINTA

Hidupnya bermatlamat. Jalan raya gelanggang perjuangannya. Hitam warna imejnya yang mengunyah dan meludah keluar segala bentuk korupsi dan ketidakadilan. Sang anarkis, terang membaja fasa-fasa kemenangan.

Sang anarkis berpendapat, bahawa keamanan dan cinta akan lahir hanya apabila tangan-tangan sudah dikotorkan untuk menghumban ahli-ahli politik yang tamak yang kerjanya untuk menggelapkan masa depan. Seorang yang berprinsip tidak akan duduk saja di rumah sambil berdekah dekah keasyikkan menonton siri-siri drama yang menipu dan memenjarakan pemikiran.

Kebebasan dan keamanan tidak akan di capai jika ahli-ahli politik mutan yang brutal masih bebas membuas. Justeru, sang anarkis dan teman-teman tidak rela untuk hidup dalam satu atmosfera yang zahirnya aman tetapi batinnya sengsara. Seperti kalam Errica Malatesta, Penghapusan eksploitasi dan penindasan manusia hanya bisa dilakukan lewat penghapusan dari kapitalisma yang rakus dan pemerintahan yang menindas.

Ya benar jika kalian membaca dari media cetak mahupun menonton televisyen, anarkisma di gambarkan sebagai huru hara, kekacauan dan kekerasan yang menyaksikan kemusnahan dalam negara. Namun, salahkah menzahirkan satu ' kekerasan' sebagai metod yang ampuh untuk menyerang kapitalisma dan kezaliman penguasa?

Kekerasan jugk tidak semestinya di aplikasikan dalam jalan anarkisma. Anarkisma mempertemukan dengan kekuatan dalaman agar manusia tidak diperbudak-budakakan oleh pemerintah yang barbarian. Sang anarkis seringkali menelaah tulisan-tulisan Alexander Berkman dalam makalahnya terutama sekali makalah klasik 'What is communist anarchist. Seiring dengan itu, tanggungjawabnya dengan Yang Maha Esa tidak disia-siakan. Doa Sang Anarkis agar perjuangannya dan teman-teman yang lain akan mempertemukan dengan kebaikkan dengan izinNya.



****
Pada suatu lewat petang yang hening, sedang sang anarkis berkhayal di tengah-tengah kelompok manusia yang sibuk untuk pulang, dia ternampak seorang perempuan yang mencuri perhatiannya.

Nama perempuan itu, Zakiah. Tidak disangka-sangka, dalam dunia yang huru hara ini, masih ada lagi wajah yang memberi ketenangan dan harapan. Sudah menjadi ketentuan bila mereka berdua mula berkenal-kenalan dan kemudian berkasih-kasihan. Sang anarkis yang dahulunya penuh amarah, kini sudah disirami kasih sayang Zakiah. 

Cinta sudah datang, meredakan gelodak anarkisma dan membuai Sang Anarkis seperti fitrah manusia yang lain.
Sang anarkis tidak lupakan perjuangannya, cuma masanya kini banyak di habiskan dengan berpuisi, lagak manusia yang bertemu sastera bila hati dipanah asmara. Figura-figura bernama Morissey, Robert Smith dan Richard Ashcroft sering berkunjung memberi inspirasi .Dari situ tertulis beratus ratus puisi-puisi cinta melayang datang kepada Zakiah yang gemarkan sastera. Zakiah, sekali pernah berkata, sastera adalah satu anugerah buat manusia yang laparkan ketenangan. Mungkin benar, manakan tidak, Sang Anarkis jua kini sudah bernafas dalam sastera.

Sudah sampai masanya, Sang Anarkis tidak lagi mahu menunggu. Dipinangnya Zakiah, agar mereka akan kekal bersama dalam dunia yang disimbah cinta. Apakan daya, bila tarikh sudah ditetapkan, seolah satu ujian, dunia mereka bergolak dahsyat. Pemerintah sudah membuas bagaikan  bagaikan sparta yang rakus membunuh manusia-manusia lemah. Dan hari-hari kemudian , masyarakat semakin menderita dengan penindasan tanpa belas kasihan penguasa. Kemanusian sudah lama menjadi sejarah, manusia yang berkuasa bersama keparat kapitalis sedang megah memijak kepala-kepala manusia yang lemah kederatnya.

Laskar hitam bersiap sedia untuk turun gelanggang. Bersama panji hitam, azam mereka hanya satu - penguasa yang menggila wajib di hapuskan di jalan raya . Lalu semboyang ditiupkan, seruan untuk laskar-laskar anarkis  diarah turun bergelanggang termasuklah Sang Anarkis.

Bagai tidak keruan, Sang anarkis berlelah payah, terbelah bahagi fikirannya dengan tuntutan perjuangan dan tanggungjawab terhadap Zakiah. Kekeliruan Sang anarkis yang ketara  mudah bagi Zakiah untuk terkesan. Benarlah kata pujangga, cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. Makanya datanglah Zakiah menghampiri Sang anarkis dan dia berkata lembut;

" Pergilah sayang. Pada dirimu ada kegagahan yang dikurniakan, salurkan ia pada perlawanannmu dengan mereka yang brutal. Akan datang esok hari, dunia ini akan cerah dengan cinta, aman dan manusia akan bebas dari mejadi santapan barbarian.

Dan sayang, kau wajib tahu,
terkadang cinta hanya dapat berbicara melalui selongsong senapang...."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak