Rabu, 13 November 2013

BERKALI-KALI

Akhir-akhir ini
Tiada apa sangat yang mahu dibicarakan,

Namun
Temanku asyik bertanya tentang itu,
Berkali dia menuntut jawapan dariku,
Kononnya, apa yang aku kata
Dia akan turuti
Lesen memberi laki-laki itu peluang

Berkali itu jugaklah
Jawapanku , tetap sama
membatu tidak berubah

Benda yang engkau cari
Tiada di celah langit
Tiada dalam lipatan awan
Tiada terbenam dalam tanah
Tidak bisa engkau nampak

Tiada di sini
Tiada di sana
Tiada di mana-mana,

Bahkan tiada dalam genggaman tanganku!

Ia
sebenarnya,
Wujud dalam rasa, cuma

Tersangatlah bernilai, bukan?

John Bennet
28 Oct 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak