Isnin, 18 November 2013

SEORANG REVOLUSIONER, PENCINTA DAN HAMBA

Lewat petang, kala burung-burung meriah dengan ajakan pulang ke sarang, dia melepaskan lelahnya di tepian jalan. Dengan sebotol air teh, dia rileks memerhati manusia-manusia yang bergilir-gilir lalu lalang menjari jalan pulang ke rumah.
Pekikan hon dari bas, kereta dan bunyian kacau motor-motor di atas jalan seolah merayakan hari kebebasan dari perhambaan kerja yang berlangsung seawal lapan pagi. Mereka pulang lekas-lekas untuk menjemput anak kecil dari rumah pengasuh, ada yang mahu langsung melupakan keletihan mencerna otak , kederat tubuh yang diasak-asak sejak pagi.
Tiada siapa peduli akan sesiapa. Semua bermatlamatkan kemahuan diri. Dan engkau seharusnya pulang dari berterusan menyerah diri untuk di pergunakan dia, sang kapitalis.
Cukup bulan, dalam akaun simpanan, engkau di hadiahkan dengan sejumlah wang besar. Hati engkau riang. Dengan teknologi masa kini, engkau alihkan sebahagian wang kepada yang berkenaan. Satu demi satu, wang dihantar, sejumlah wang semakin sedikit, dan ia lancar dihantar  sehingga engkau sedar, duit yang tinggal hanya tinggal debuan yang akan kau gunakan untuk tempoh kurang dari tiga puluh hari lagi.
Tiada siapa peduli akan sesiapa.
Bila segalanya diatur, engakau lahir di sini, ke sekolah, dan jika engkau tidar tercicir engkau akan selamat sampai ke kilang universiti untuk didesain sebagai  robot, seterusnya keluar untuk mencipta dunia yang telah mereka ciptakan sistemnya.
Dan tidak lama selepas itu, engkau pun  berkahwin, beli rumah dan teruskan dengan hidup “bahagia” mu tanpa mindamu sibuk berkabut memikirkan untuk mengubah sistem yang telah memandulkan ketamaduan. Sambil mereka bertepuk tangan, engkau dia dan mereka sudah terkena jerangkap!
Hari ditelan gelap, dia bangun dari duduknya, mengabus bahagian belakang seluarnya yang berdebu, dan berjalan mencari jalan pulang disinari neon. Esok, hari pasti berevolusi, cinta akan menjemput dan perhaambaan akan lupus. 
Jika benar itu kemahuan semua orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak