Selasa, 3 Disember 2013

IF POVERTY WAS A MAN, I'D KILL HIM

If Poverty was a man, i'd kill him - umar al-khattab

Ini adalah antara salah satu quote dari umar al khattab yang merupakan favorite aku.

dari petikan kata umar ini, bunyi dan sifat dari katanya begitu sosialis.
okie, aku tukar - ayat 'sosialis' ni boleh menimbulkan perbalahan, nanti ada pulak yang suruh aku bertaubat.

Jadi aku tukarkan kepada, bunyi dan ayat dari petikan umar ini dari bersifat sosialis ke 'kemanusian'. Umar sangat tegas dan prinsipinya yang jelas dalam memberi kebaikkan sebaik mungkin kepada rakyatnya. Dari salah satu cerita, di zaman pemerintahannya terjadi satu zaman ketandusan ekonomi, yakni rakyatnya menghadapi kesukaran untuk mendapatkan makanan. Dan Umar pada satu waktu dijamu makanan daging kambing, lalu beliau menolak kerana yang lebih berhak baginya pada waktu itu ialah rakyatnya yang kelaparan Dan Umar bertegas, selagi rakyatnya yang masih kelaparan selagi itu beliau tidak akan memakan makanan yang mewah-mewah sehingga perut-perut mereka terisi. Sifat kemanusian yang sangat menebal, bukan?

Baru-baru ini, berita melaporkan MB selangor mengumumkan kenaikkan gaji kepada MB sendiri, Exco, adun dan speaker memandangkan ada lebihan duit dari pengurusan pentadbiran dan faktor jawatan yang dipegang.

Aku,secara peribadi tiada masalah dengan kenaikkan gaji tetapi mereka tetapi di saat rakyat selangor secara umummnya sedang bergelut menghadapi kehidupan yang semakin mencabar dalam keadaan yang tidak sihat, pemimpin boleh tersenyum lebar dengan kenaikkan gaji 100%! Alasan kerja berat yang ditanggung pemimpin bunyinya sangat kebudak-budakkan seolah rakyat selangor duduk rumah main fesbuk saja.

Berhujahkan pengurusan pentadbiran negeri yang cekap bukanlah alasan konkrit untuk menaikkan gaji 100%. Itu duit rakyat, sudahlah kenaikkan ini tidak demokratik langsung dan bukankah duit lebihan hasil dalam pentadbiran yang cekap sewajarnya   disalurkan pada rakyat selangor? banyak lagi kawasan flat yang kotor-kotor, masalah sampah yang belum selesai dan isu-isu lain yang boleh diuruskan.
Atau pihk pemerintah dan adun-adun di selangor ketandusan idea untuk mencari ruang-ruang yang perlu diperbaiki?

Dan apa relevannya pemuda pas gombak memberi komentar merepek dalam laman rasmi mereka di fesbuk tentang gaji PM dalam keriuhan gaji pemimipinnya dinaik membabi buta? Perlu bersabar dan jangan gopoh atau perlu beradab dalam menghadapi situasi seperti ini? Mereka saja yang ada jawapan.

Jemu betul dengar komentar orang-orang partisan ini. Ideologi tiada, yang ada hanyalah menurut kata dari ketua-ketua mereka tanpa ada progressif idea.

Bil air percuma dan kemudahan-kemudahan lain yang di beri oleh kerajaan selangor kepada rakyatnya tidak seharusnya menjadi kunci untuk menutup mulut-mulut rakyat. Aku yakin kebanyakkan rakyat menerima berita ini dengan perasaan kecewa.

Aku tak nampak pun 'kemanusiaan' di letak pada tahap yang tertinggi dalam  keputusan MB Selangor untuk menaik gaji mereka.

Nah, kemanusian sudah lama pupus dan semakin jelas ianya semakin pupus dari sehari ke sehari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak