Rabu, 4 Disember 2013

MASA UNTUK MEMANUSIAKAN MANUSIA

kata ibu.
air bila dia kecil, ia teman rapat
air bila dia besar, ia bencana

hujan
bila dia kecil, ia rahmat
bila dia besar, ia membanjiri

sungguh, kita panggil ia bencana
dan sungguh
ia peringatan
teguran
dari Tuhan

dan manusia yang diciptaNya
yang sedang diteggelami
yang sedang memerhati
yang berada di sekitar
yang berada di luar

diberi anugerah 'kemanusian'
diberi rahmat, dan ingatlah
kita tercipta dengan kasih sayang dan cinta
kita lahir pun kerana nikmat cinta

kini
masanya yang sesuai
mereka sedang sengsara
tugas kita,
 memanusiakan mereka.

John Bennet
642pagi,5 dec 13

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak