Ahad, 8 Disember 2013

Di luar jendela, malam sudah berlabuh. Segalanya kelihatan kelam, nasib baik ada terangan lampu lampu neon yang membasahi jalan. Dan di sebalik simbahan neon, manik-manik air hujan yang turun melestarikan pemandangan.

Aku berdiri di jendela, di tanganku ada secawan kopi sejuk.

Dan aku nampak kamu, berpayung, berjalan tenang keseorangan dan masuk ke dalam hati aku perlahan-lahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak