Isnin, 13 Januari 2014

OH GURU, HATIMU SANGAT MULIA!

Petang tadi, ada unit meeting. Bosan betul tiap-tiap bulan nak kena cakap benda yang sama. Lagi bosan, bila bercakap, yang dengar buat muka bosan. Rasa macam nak pengsan, tapi dah nak masuk empat tahun aku kena handle monthly unit meeting ni, setiap hujung bulan.

Pada setiap hujung bulan, mengendalikan unit meeting adalah sesuatu yang wajib. Ini kerana, ianya adalah satu platform untuk memberitahu pada staf-staf tentang prestasi bank pada bulan itu. Selain itu, ianya tempat untuk memperingatkan staf-staf tentang polisi-polisi bank,berita-berita baru tengtang perbankan, undang-undang yang perlu diikuti dan jugak tempat untuk mendengar keluh kesah staf (jika ada).

Aku memang tahu, setiap staf disini memang tengah bengang dengan bank. Kerja yang bertimbun yang memaksa depa semua untuk stayback tanpa dibayar lewat masa bekerja, target yang mencekik darah dan yang paling angin persekitaran kerja yang tidak demokratik.

Ya, kalau bekerja sehinggakan tak boleh beri pandangan dan mengkritik secara hormat pada pihak pengurusan, apa bezanya kita dengan hamba abdi?

Kalau ikutkan hati aku, aku nak  seru semua staff yang tak puas hati pasal dengan pengurusan kompeni untuk bangun dan protest. Workers Strike ni selalunya impaknya besar. Dan kesannya memang akan membuatkan pihak pengurusan kecut perut. Kalau strike dah berjaya barulah boleh tersenyum bangga sebab sudah sama taraf dengan Revolusi Bolshevik, kan.

Apakan daya, hujung bulan dapat gaji nak kena bayar itu ini. Termasuklah nak bayar duit insurans dan pelaburan dalam unit trust. Ini semua untuk masa depan. Kononnya! Jadiapa boleh buat? Merungut-rungut sajalah. Kerja-kerja yang dok bersumpah seranah tu kena sambung buat balik.
Lepas meeting, aku duduk depan komputer tanpa berbuat apa-apa. Jari jemari aku tidak menari di atas papan kekunci. Mata aku pandang tepat ke arah skrin komputer dan aku renung dalam-dalam. Aku tarik nafas dan otak mula berkabut.

Kalaulah aku seorang guru;

Aku akan istiqamah mendidik anak-anak muridku untuk menjadi generasi yang mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi. Generasi yang berfikiran kritis, berani membuat keputusan dan yang sentiasa mengotorkan tangan untuk turun dan membantu masyarakat.

Bukan generasi yang asyik update fesbuk dengan status-status " Jika setuju sila like" ataupun "mari kita lihat berapa ribu like untuk gambar ini?". Ini generasi yang tak berjenis!
Lagi-lagi yang terkena sampuk dengan pengaruh K-POP. Kalau terpengaruh dengan Rage Against The Machine tak apa lagi. Masih ada masa depan. Tapi kalau yang jenis K-POP ni ambik masa sikit nak tarik balik ke jalan yang lurus.

Dan aku sebagai seorang guru yang cintakan generasi masa hadapan akan galakkan mereka untuk menjadi apa yang mereka citakan. The future are theirs and  let they decide. Walaupun menjadi tukang cuci sekalipun, aku akan beri bimbingan dan sokongan yang tinggi. Malaysia ni ada masalah, selalu sangat pandang hina pada kerja kerja kecil macam ni. Kerja mencuci ni sangat mulia sebenarnya.

 Tukang cuci juga seperti pekerja- pekerja di industri lain, memberi sumbangan pada masyarakat dalam skop kerjanya. Mentaliti kita kena ubah, jenis pekerjaan bukanlah satu benda yang perlu dibeza-bezakan. Membeza-bezakan sehingga wujudnya kelas-kelas yang meninggi-ninggikan sesetengah golongan dan merendah-rendahkan golongan yang lain. Bukankah yang paling mulia di kalangan kita adalah yang bertaqwa pada Allah? Nah, bagi sebijik kat yang perasan mulia sangat tu.

Seorang guru yang beriltizam dan berwawasan tinggi - yang mahukan dunia ini diterajui pewaris-pewaris yang tinggi akhlak dan keperibadiannya, di samping maju pemikirannya sewajibnya menghalang  impian mana-mana anak murid untuk menjadi seorang menteri.

Memang itu yang akan aku lakukan.

Aku secara peribadi tidak sanggup melihat anak-anak didikku bertindak bodoh di masa hadapan. Sia-sia saja aku berdiri dok bersyararah berjam-jam untuk menyampaikan ilmu  untuk diguna pakai untuk tujuan kebaikkan. Alih-alih bila anak-anak muridku menjadi menteri, mereka mengeluarkan kenyatan-keyataan dungu bila mereka sendiri menaikkan harga barang atau meluluskan satu akta baru yang bertujuan untuk membodohkan rakyat.
Cuba hang tengok Menteri Besar Pahang komen apa bila kerajaan menaikkan harga gula baru-baru ni.

"Eloklah, harga gula dinaikkan, ini untuk kebaikkan supaya rakyat dapat mengelak dari terkena penyakit kencing manis". Itu tak termasuk lagi dengan kenyataan super bangang yang lain-lain seperti, " kalau taknak bayar tol, pakai jalan biasa" dan yang paling sadis " harga ayam naik, jangan makan ayam, rakyat di seru makan daging".

Tolonglah anak-anak murid kesayanganku. Janganlah kalian menjadi macam Zahid Hamidi. Janganlah jadi macam Shabery Chik. Janganlah jadi macam Bung Mokhtar. Senang cakap, jangan jadi menteri.
Cikgu doakan yang baik-baik saja buat kalian.
********

Dah pukul enam petang. Laporan bulanan yang pihak pengurusan nakkan tu, apa pun tak siap lagi. Aku sambung esok saja lah. Otak kalau dah semak, macam mana nak buat laporan bulanan yang awesome kan? kan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak