Isnin, 20 Januari 2014

Bila semakin meningkat usia, aku rasa bebanan di jiwa yang aku galas ini semakin memberat.
Keikhlasan adalah sesuatu yang begitu sukar untuk aku iringkan.

Dulu, aku tak rasa sesusah ini. Tapi kini, bukan main payah lagi. Aku seperti seorang budak kecil yang baru pandai berjalan. Ada kalanya, jalannya sangat perlahan dan berhati-hati dan adakalanya berjalan dengan terlampau laju. Tidak konsisten.

Ketenangan yang aku perlukan masih belum sampai.
Harus terus berusaha mencari dan pada masa yang sama aku mesti terus berperang dengan perasaan agar keikhlasan dan ketenangan akan bersatu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak