Sudah lama John Bennet tak berjumpa dengan Encik Vampire. Kali terakhir, mereka berselisih ketika berebut nak berbaris untuk membayar di kaunter bayaran di Giant Kelana Jaya.
Semalam mereka berjumpa di restoran Nasi Kandar Pelita, Jalan Ampang. Encik Vampire bersama aweknya Cik Puntianak tengah ghairah melahap 4 pinggan nasi kandar, 5 ketul ayam goreng, berpuluh puluh biji bendi rebus, 12 biji telur masin bersama 6 mangkuk kari kepala ikan bersaiz super.
Sedang mereka berdua lupa akan dunia buat seketika kerana sedang menikmati nikmat hidangan, John Bennet menghampiri dan menepuk bahu Encik Vampire.
"Helo Encik Vampire. Lama tak jumpa, apa cerita?"
Encik Vampire terkejut dan bila dia melihat muka bersih John Bennet yang sedang tersenyum, dia menghulur tangannya yang comot dengan nasi dan segala macam sisa lauk pauk tadi.
Tangannya disambut John Bennet, lalu Encik Vampire kata, "Eh John, biasa ja. Dari mana ni? Silakan duduk, lepak sekali makan".
Eh, tak apalah Encik Vampire. Aku nak duduk di hujung sana. Ada kawan tengah tunggu tu. Lagipun malas nak kacau korang makan kata John Bennet dengan sopan.
Aku tak nampak sesape pun kat hujung sana tu John? Ala, lepak la dulu kat sini. Lauk masih banyak. Kau pesan nasi kosong dengan teh ais, tolong kami habiskan lauk pauk ni semua, pelawa Encik Vampire beriya-iya.
Ishh, takkan macam tu kot. Segan la aku Encik Vampire. Ishh, tak boleh, tak boleh. Mak aku cakap tak elok. Lagipun ... John Bennet berhenti di situ.
Lagipun apa John? Cuba cakap bagi habis. Sambung Encik Vampire.
Cakaplah John, tiba-tiba Cik Puntianak mencelah dengan suara manja. Kelihatan ada sisa isi kepala ikan di celah-celah giginya yang tajam itu.
John Bennet pada mulanya membisu. Dia hanya senyum dan sekali sekala mengalih pandangannya ke tempat lain. Namun setelah diasak berkali kali oleh pasangan Encik Vampire dan Cik Puntianak, John Bennet membuka mulutnya dan dia berkata ;
Lagipun, hang bukannya bayaq pun makanan-makanan ni semua. Nanti bila semua dah settle, hang dengan Cik Puntianak mesti terus terbang menghilangkan diri. Alih-alih aku jugak yang kena bayaq.
Ingat tak insiden terakhir di kaunter bayaran Giant di Kelana Jaya? Disebabkan berebut nak beratur, dan hang tak tahan nak tunggu que, hang terus terbang bawak sekali dengan barang-barang yang hang nak beli tu. Cashier kat situ punya bengang, dia panggil pak guard terus paksa aku tolong bayarkan on behalf hang. Dia bagi alasan sebab dia nampak kita dua dok bersembang, jadi dia assume kita ni member kamcing.
Aku tak cukup duit nak bayar semua. Depa tahan aku kat dalam bilik kawalan dan soal siasat aku. Aku cakap, aku ada duit cukup-cukup untuk barang yang aku ambil. Pihak pengurusan tak mahu menerima penjelasan aku, jadi depa suruh aku jadi kuli di setor simpanan barang selama 2 tahun suntuk tampung balik hutang-hutang yang tak berbayar tu semua.
Aku malu. Malu tau tak?! Dua tahun aku menjalani hidup yang sangat tragedi!
Encik Vampire dan Cik Puntianak memandang sesama mereka. Lalu, Encik Vampire tanya kepada Cik Puntianak, "Sayang,you ada sen? Gua ada lima ringgit ja. Rasanya tak cukup"
Dan seperti biasa, Cik Puntianak pun menjawab. "Hubby, gua kering habis. Duit dalam akaun Maybank pun dah habis buat bayar sewa rumah yang tertunggak lima bulan. Tadi kat rumah kan you dah cakap, apa pun terjadi, lepas makan, kita terbang ja laju-laju. Sekarang you dah goyang. Takkan goyang kot sayang?"

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak