Udi ni kawan aku dari kecil lagi. Dia tua satu tahun
dari aku. Kami membesar dalam satu kejiranan bersama-sama kawan kawan lain yang
lebih kurang sebaya.
Udi dan
kawan-kawan aku yang lain berkongsi minat yang sama. Masa kecik, kami suka main
bola dan mesti nak geng sekali. Bila masuk alam remaja belasan tahun, kami lah
skater yang mahsyur di kawasan kejiranan. Kami juga suka pergi membeli belah di
tempat yang paling cool iaitu pusat pakaian terpakai atau nama hipnya-bundle.
Baju,kasut vans dan seluar bundle pun kami kongsi. Hari ini, aku pakai kasut
vans, tak mustahil esok kasut aku tu Udi pulak pakai.
Citarasa musik jugak lebih kurang sama, kalau rasa nak banging,
kami mulakan dengan seleksi lagu-lagu Korn, atau nak rasa poltik sikit, kami
selitkan lagu-lagu Rage Against The Machine. Kalau rasa nak artsy, Radiohead
menjadi pilihan hati. Zek pulak sibuk mempromosi Sheila On Seven kat kami bila
dia balik cuti semester.
Beza aku dengan Udi ialah, aku jarang-jarang nak melepak
di rumah kawan-kawan yang lain selepas kami masing-masing menyambung pengajian
di Kolej/Universiti. Walaupun kebanyakkan dari kami belajar di sekitar
KL/Selangor, aku memang malas. Mungkin disebabkan waktu aku student dulu, aku
takdak transport sendiri, secara tak langsung menjadi alasan yang kukuh lagi
ampuh bila kawan-kawan yang lain merungut aku tak pergi melepak dengan depa.
Udi student UTM di Johor. Selalunya, kalau ada masa dia
akan merempit dengan motor EX5 Class dia yang dia banggakan sangat tu turun ke
KL. Kalau tak ke rumah aku, mungkin dia akan lepak dengan Zek atau
member-member dia yang lain.
Ada sekali tu, dia bagitau aku dia nak lepak dengan aku
dan nak bawak aku pergi jumpa kawan
perempuan dia yang dah lama tak jumpa di Kampung Baru. Orang perempuan kalau
dah ajak, susah la mamat yang bernama Udi nak tolak,ye tak? Itu yang sanggup
turun dari Johor tu.
Udi kata, kawan dia ni beriya sangat nak jumpa. Asyik
dok sms merayu suruh turun Kampung Baru. Okie, ayat 'merayu' tu aku tak pasti
betul ke tidak, aku saja letak nak tunjukkan yang Udi ni budak lelaki hensem
sampaikan budak perempuan tu nak sangat berjumpa. Budak tu student UKM jurusan
Medik, kata Udi. Kenal masa dikolej Matrikulasi Kelantan.
Aku angguk dan tak banyak bertanya, orang nak bawak
berjalan, ikut sajalah.
Cadangnya lepas berjumpa, nak usha pula kedai bundle
sekitar Kampung Baru dan Chow Kitt.
Udi dan aku pun bergerak ke Kampung Baru dan berjumpa
kawan perempuannya di salah sebuah warong makan berhampiran kampus UKM Kampung
Baru.
Tak sampai 10 minit , budak perempuan
tu cakap kat Udi yang dia nak kenalkan seorang kawan lelaki dia. Aku cakap
dalam diri, apa kebendanya ni? Takkan sampai nak kenalkan boyfriend sampai
suruh Udi turun dari Johor?
Udi, macam biasa, buat-buat tenang. Yang aku tahu, lepas
ni mesti Udi nak berleter panjang sambil menyumpah seranah. Aku pun nak tumpang
sekaki kalau Udi mulakan dulu. Macam hebat sangat budak lelaki tu sampai tak
menyempat-nyempat nak kenalkan.
Budak lelaki tu pun datang ke arah kami bersama sebuah
fail yang dibawanya. Dia hulurkan tangan untuk bersalam. Kawan perempuan Udi
sudah cow, duduk di tempat lain. Aku tak ingat apa nama budak lelaki tu. Tapi dia
pun student UKM juga.
Mamat ni memang pandai bercakap. Semuanya pasal masa
depan, duit dan bagaimana kekayaan itu perlu untuk mencorak hidup yang kita
impikan. Dia dok sibuk bercerita macam mana dia boleh bantu adik-adik dan ibu
bapa dia di kampung dengan kerja sambilan yang dia lakukan sekarang. Sembang
memang kencang.
Aku syak, mamat ni nak approach kami untuk join MLM dia.
Memang pun!
Ayat pertama keluar dari mulut dia sebelum dia cucuk
jarum ialah
" korang pernah dengar Luxor?"
Aku takmau cerita la macam mana dia taruk kami. Ada sekeping cek ( photostat copy) atas nama
dia berjumlah RM3 ribu yang dia tunjukkan pada kami. Katanya, itu cek pertama
dia selepas beberapa minggu buat business MLM ni. Aku tak peduli sangat dengan
duit tu. Yang aku hairan, yang dia sibuk nak cari duit beribu-ribu ni apahal
sedangkan mak pak dia suruh dia mai mengaji bukan suruh cari duit hantaq balik
kampung. Belajar bagi habis lah, esok dah berjaya, buat la apa yang patut kan?
Ini cerita sampai tak pergi kelas semata-mata sibuk dengan business MLM.
Paling tak tahan, dia kata, bila budak-budak Laxor ni
berkumpul di kedai mamak ramai-ramai selepas meeting, depa bergaya dengan suit
ala-ala tuxedo. Kononnya berimej professional. Dia kata, masa tengah melepak di
mamak tu, ada seorang pakcik gelakkan geng dia, lalu dia dengan machonya
bertanya ' pakcik, income bulanan kami mencecah puluhan ribu ringgit, berapa
income pakcik, boleh saya tahu?' sambil menghulurkan sekeping cek berjumlah RM
10 ribu yang telah di photostat.
Aku serabut betul tengok mamat ni. Gila, tengah malam
lepak mamak ada pulak masa nak bergaya pakai sut tuxedo. Semak betul.
Aku tengok muka Udi dah kelat. Dia pulak asyik dok
bercakap tak berminat dan mengulang ayat kecewa ' aku mai sini sebab nak jumpa
member aku budak perempuan tadi'. Mungkin setiap kali mamat tu memujuk Udi
untuk join dan setiap kali itu jugaklah Udi mengulang ayat kecewa dia, mamat tu
pun give up. It's okie, kata mamat MLM. Kalau hang masih berminat nanti, jangan
lupa cari aku kat sini ya Udi.
Okielah, aku dah nak gerak ni. Malam ni ada meeting. Oh
ya, rokok ni hang punya ka Udi? Boleh ambik sebatang?
************
Kebangangan apakah ini, menjaja cek photostat bernilai ribuan ringgit, rokok
sebatang berharga lapang kupang pun tak boleh beli.
Bodoh!
Bodoh!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak