Selasa, 8 April 2014

13 HARI BACKPACKING KE KOREA : JOHN BENNET & CO

Kegilaan, 7jam30minit.

Hari jumaat sepatutnya hari yang rilek. Tetapi bukan untuk jumaat kali ini. Buatlah 'works to complete list' se'efisyen' mana pun, kalau semua benda nak kena siap dalam tempoh 7 jam, hang tetap akan gagal.Period.

Walaupun kegagalan untuk melangsaikan kerja yang bertimbun, aku tetap tenang. Dari pagi, aku cuba menyiapkan satu persatu, menyelesaikan kehendak majikan kapitalis dengan keikhlasan berkat hari jumaat. 
Esok dan 13 hari kemudian aku akan escape untuk berbackpack ke Korea. Kerja yang macam gila ni perlu disiapkan supaya selama ketiadaan aku nanti, tidaklah menyusahkan orang lain pulak. Tak adalah orang lain mencarut sebab kena menyambung kerja -kerja aku tu.

Ini pun aku kerja lebih masa, patutnya pukul 5 dah kena balik. Kemas apa yang patut, tunggu flight esok malam di LCCT. Kerja aku haram satu benda tak siap pun. Sebolehnya, majikan kapitalis macam tak mahu lepaskan aku. Tapi yang pasti, jumaat  untuk kali ni, aku mahu siapkan segalanya dengan rungutan yang minimal -  kalau boleh sifar.

Sehinggalah pukul 530 tadi,pari-pari polka dot telepon ,

"Sayang, kita kena terkejut sekarang! Flight kita malam ni, bukan malam esok!
Cuba fikir betul-betul, tiket setahun lepas yang kita beli tu cakap kita naik flight 29 hb Mac pukul 1 pagi. Hari ni 28hb Mac. So, lepas pukul 12 malam ni, dah masuk 29hb!

CEPAT BALIK!"

Ah sudah! Duit tak tukar lagi kat money changer. Baju satu apa pun tak kemas. Teksi nak sewa ke LCCT tak booking. Tiket flight pun tak check in lagi. Aku dah rasa kebas.

Masa ada kurang dari 4 jam untuk siapkan semua. Kalau tak, takkan aku nak kena datang kerja hari isnin nanti? Macam mana nak pujuk hati brader kalau terlepas flight selepas setahun menunggu?

********************************************************************
Jiwa yang radikal selalunya berfikiran kritis dan futuristik,
jadi aku kata;


"Esther, you tolong i settlekan semua. I nak balik sekarang . Dah tak ada masa lagi. Flight I malam ni bukan esok malam!

Muka masam tak masam. Ke Korea kita malam ni!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak