Sabtu, 26 April 2014

BACKPACKING DI KOREA : JOHN BENNET & CO.

Aku tak berminat sangat untuk bercerita dan memberi tips tips untuk backpacking ni. Sebab semua tips tips tu hangpa semua boleh belek dekat beribu blog yang lain. Blogger di situ banyak bercerita tentang tips tips beli tiket kapal terbang, apa benda yang di bawa, hostel mana yang murah dan  cantik dan banyak benda yang lain.

Aku hanya nak bercerita sambil tunjuk gambar gambar yang aku ambil di sana.

Orang kata, gambar banyak berbicara dari apa yang kita cakap.
Pehh, falsafah kan?
Teruskan baca. Baru hangpa tau berfalsafah macam mana backpacking dengan anak kecik yang buaih.



Setahun menunggu untuk  Korea, tapi hari Jumaat 28 hb Mac, pukul 530 petang baru kami semua perasan yang tiket ke Korea adalah pada malam tu; yakni bersamaan hari Sabtu 1 pagi bukan hari Sabtu malam bersamaan Ahad pagi seperti yang kami perasankan.

Terima Kasih pada agen insuran merangkap sahabat, Encik Reuben yang bertelagah dengan kami dengan hujahnya mengatakan tiket flight adalah pada hari jumaat malam.
Haru biru, tiket sendiri beli, orang lain pulak yang ingat.

Lagi haru biru, persiapan bagasi baru 20 percent. Tak cakap banyak dan akur selepas berdebat dengan Encik Reuben, kami langsung pulang, menukar duit, mengemas baju-baju dan menelefon pakcik teksi untuk terus speeding ke LCCT. 

Berkat kehandalan dan keramahan pakcik yang lembut tutur bicaranya dalam teksi, kami sampai ngam-ngam di LCCT dan ngam ngam juga kami sempat check in tiket.
Power?
Lagi power, dalam flight, aku dan pari pari polka dot berjaga sepanjang perjalanan melayan karenah sang quds (yang dalam stroller tu) yang awalnya menjerit dalam kapal terbang, (muka aku tebal setebal dinding kapal terbang), kemudian nak berjalan jalan tanpa henti dalam kapal terbang dan yang paling sadis, 1 jam lebih saja kami sempat berehat setelah bergasak dengan sang quds yang tewas lalu tertidur.




Disebabkan hari pertama tidak ada dalam itenari (sebab silap tengok tarikh tiket ke Korea), kami melenggang kangkung setelah sampai di Incheon Airport pada pagi Sabtu pukul 7 lebih kurang tanpa ada misi dan matlamat.

Selesai collect backpack , kami rilek rilek berjalan menuju ke ruang lobi. Ini memang betul betul lost. Tak tau nak buat apa. Cuma grab ipad dan search hostel atau hotel yang paling dekat dan murah. Selebihnya, kami berserah pada takdir.

Keadaan di airport sangat teratur. Ada satu benda yag sama dengan keadaan airport di Malaysia ialah, di Incheon irport  pun ada 'ulat teksi'. 
Ada la 2,3 orang yang datang menghampiri kami sambil cakap bahasa korea yang aku tak paham. Tapi aku tahu dia dok tanya nak pi mana? Dia nak tolong hantarkan.

Kami yang masih rilek dengan selambernya menolak pelawaan depa baik-baik.
Sampailah ada seorang Ajushi (pakcik dalam bahasa korea yang dalam gambar tu) mai dan tanya kami " Malaysia?" 
dan setelah kami cakap, ya "Malaysia" dia terus bagi salam " Assalamualaikum" dan sambung cakap korea dan dari bahasa badannya, kami tahu dia tanya kami nak pi mana?

Pari pari polka dot buat keputusan untuk cari hostel pakai i-pad dan kami nego dengan ajushi berapa dia mau charge kami untuk ke hostel di myeongdong.
Setelah mendapat harga yang dipersetujui secara demokratik oleh kedua-dua belah pihak, Ajushi terus angkat backpack kami sumbat dalam kereta dia. Kami terus meluncur keluar untuk ke hostel di myeongdong.

Ajushi ni ramah, Sungguh kami tak paham sepatah haram apa yang dia cakap, dia memang kuat bersembang. Ada la sikit sikit yang kami paham. (hanya dengan mengagak-agak)
Lepas tanya pasal bunga Sakura, dia terus berhenti di tepi jalan (berdekatan dengan bangunan KBS) untuk kami mengambil gambar dengan pokok sakura. Sedang kami syok bergambar, Ajushi menjalankan servis extranya dengan menunjuk dan menerangkan tentang kawasan-kawasan sekitar. 
Steady lah Ajushi!


Orang tua backpack bawa bag gedabak. Budak kecik backpack bawak pampers.
Aku suka kawasan sini, Myeongdong. Tengah bandar. Sekelilingnya banyak bangunan bangunan. Jalan besarnya agak sesak. Kawasan sini bersih. Malam pertama sampai sini, selepas sang quds dan pari pari polka dot tidur, aku, ana dan brader der keluar berjalan jalan.
Tak ramai yang ada di kawasan sekitar pada waktu malam. Mungkin disebabkan cuaca yang sejuk. Yang ada pada waktu malam, brader brader yang baru balik dari kerja lepak di coffee house ataupun budak budak muda tengah layan steamboat.

Aku nampak 2 perkara yang menarik pada malam tu.
satu - ada mamat mabuk. Dia tak kacau orang, sebaliknya nak tahan dia punya mabuk tu, dia pegang tiang sambil kepala layan terhangguk hangguk.
dua - walaupun Korea terkenal dengan masyarakatnya yang maju, aku jumpa seorang brader kencing dekat dinding di tepi jalan. kahkahkah. Power betul. sejuk sangat lettew.


Dari Myeongdog nak ke Irwon ( salah satu daerah di Gangnam) mengambil masa lebih kurang sejam lebih. Untuk ke sini, aku dan depa semua naik KOrail (tren). Berserabut jugak kepala otak nak baca map tren dia yang berselirat teruk ni. Namun, KOrail ni sungguh efisyen, luas dan ramai pakcik-makcik dan kakak cantik yang baik hati melayan sang quds. 
Itu apartment yang kami sewa dari Encik Harry, seorang Korea tegar yang sedang bertugas di Kanada. Aku tahu, dia ni seorang Kristian yang warak, sebab banyak buku-buku religius dan bible ada dalam rumahnya.


Walaupun brader der berjiwa hardcore dan langsung tidak berkrompomi dengan musik cintan cintun, kali ini di Korea, hatinya terbuka untuk bergambar bersama bunga sakura . Satu epik yang perlu diraikan. Semoga hatinya lembut untuk menerima lagu-lagu dari Peterpan bila sudah pulang ke Malaysia. 
- Di Samsung Medical Center , Irwon

Orang selalu kata, susah bawak budak kecik berjalan. Tambah lagi nak pi travel bagai. Aku tak kisah. Aku nak sang quds berani travel nanti bila dia besar, Travel lah dan buka kepala otak kita bila mengembara. 
Budak kecik, biasalah. Banyak ragam. 
Aku fikir, ini pengalaman. Tak semua orang merasa pengalaman berbackpack sambil melayan karenah anak kecil.
-Masih di Irwon.


Aku bukan individu yang suka berkereta ke mana mana. Mungkin di sebabkan iklim trafik di Malaysia sangat menggalakkan aktiviti mencarut tak sudah disebabkan kesesakan lalu lintas, aku lebih menggemari berjalan kaki, atau menaiki tren. Naik bas? Di Malaysia?
Dulu sebelum ada sang Quds, aku balik SP naik bas. Kalau guna bas untuk bergerak di bandar, aku tak naik kot melainkan kalau sistem bas itu memudahkan, aku akan gembira menaikinya. 

KOrail sangat luas dan selesa. 
Dalam KOrail keadaannya tenang, penumpangnya hampir 100% akan menumpukan perhatian pada gadjet masing-masing. Sistemnya licin, tepat dan punctual. 
Kalau masa tren nak sampai, hang akan dengaq bunyi musik macam musik yang patriotik dibunyikan. Dan kalau hang dah nak sampai ke stesen yang hang nak turun, dalam tren akan dibunyikan musik juga.
Satu yang aku puji, penggunanya yang muda belia remaja, tidak akan langsung duduk di seat yang dikhaskan untuk golongan tertentu.(orang tua, orang cacat, wanita mengandung)
Kalau hang muda, saja nak cari pasal duduk di seat golongan orang tua, aku rasa hang akan ditempeleng atau ditenyeh dengan sayur pedas kimchi. Padan muka!
Aku agak-agak sajalah.



Sementara nak menghala ke Namsan Cultural Historical Park dan Namsan Tower, aku snap gambar ni. Ini bangunan ibu pejabat Polis di Seoul. Lebih kurang macam Bukit Aman.


Ini kawasan Namsan Historical Park. Biasa saja. Banyak benda-benda tradisional zaman dinasti.Tapi yang paling menarik perhatian aku adalah, di sini tertananmya kertas amanat yang akan di gali dan di baca semula pada seluruh rakyat korea selepas 600 tahum di tanam. 

Apa yang diamanatkan tu aku taktau. Itu kena tunggu 600 tahun lagi gamaknya.
Cuma aku berfikir, rakyat Korea ni sayang sungguh akan bangsanya. Ini jelas dengan cara depa pelihara budaya, bahasa dan kesungguhan depa untuk hidup bersatu padu. 



Namsan Tower yang megah pada waktu senja. Ramai golongan muda mudi KPop bersama pasangan masing masing meraikan cinta di sini. Di atas sini, kita sudah boleh nampak keseluruhan kota Seoul. Tempat tumpuan walaupun aku bukan dalam A list aku. Aku suka keadaanya yang tinggi dan boleh melihat pekan-pekan Seoul yang berada di lembah. 

Nanti aku update lagi cerita lain. 

Aku ada tulis jurnal untuk melukiskan apa yang aku alami ketika hari hari backpack di Korea. Tapi bukan untuk entry sejenis ni. Ini namanya, bercerita sambil merujuk gambar.
Kalau nak baca, nanti aku postkan pelan-pelan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak