Sabtu, 3 Mei 2014

BACKPACKING DI KOREA : JOHN BENNET & CO.

Sebastian Canaves merupakan seorang backpacker dan juga merupakan seorang penulis untuk satu travelling blog "Off The Path" mengesyorkan mana mana pengembara mestilah ramah dan banyakkan berbual dengan penduduk setempat. 
Salah satu dari sebabnya ialah, dengan banyak berbual dengan masyarakat lokal, kita lebih mengenali budaya dan cara hidup depa. 
Senang cerita kita buat kawan lah. Jangan dok buat perangai sombong tak kena gaya di tempat orang. 


Jadi aku pun menuruti nasihat Sebastian Canaves. Aku, pari pari polka dot dan Ana banyak berbual dengan orang korea sepanjang kami backpack di sini.

Aku agak terkejut kerana sudah ramai di kalangan orang korea yang sudah pandai berbahasa inggeris. Dan kalau tidak pun, depa boleh cakap dalam kondisi bahasa yang basis dan minimal. Kira okielah sebab,  masih mampu faham lagi.

Tetapi aku lebih memilih untuk bertemu dengan orang yang angsung tak boleh berbahasa inggeris. Entah, tak tau sebab apa. Mungkin sebab kalau semua orang boleh cakap bahasa inggeris, tak nampak autentik lah.

Selalunya yang bersembang dengan kami terdiri dari kaum Ajuma (makcik-makcik) dan orang orang muda Korea. Ada seorang perempuan yang aku dan pari pari polka dot bersembang di dalam tren, (namanya aku lupa) fasih berbahasa inggeris. Sangat ramah, dan aku jemput dia datang ke Malaysia satu hari nanti. Dia cakap dia tak ada duit tapi kalau dia sampai di Malaysia, bolehkah dia nak tidoq di tepi jalan?

Aku kata jangan dok cari pasal. Dah sampai Malaysia, mai tidoq umah aku.

Itu dalam gambar tu, budak budak National Service.Yang tunjuk 'peace' tu namanya Park dan seorang lagi tu namanya Ham. Budak budak ni tanya di Malaysia ada National Service tak? aku dengan selambernya jawab " takdak la brader".
Lepas tu terus dia tanya soalan power, " kalau tak ada, macam mana anak muda nak pertahankan negara?"

Aku telan air liur 2 kali sambil otak berkabut cari jawapan nak cover line tanah tumpahnya darah aku, dan kemnudian aku jawab dengan tenang dan ringkas " lepas SPM, sektor ketenteraan terus bukak vacancy untuk anakmuda lepasan sekolah menengah dan sambutannya memang menggalakkan. 

Depa dua angguk dan tak tanya dah. Aku rasa lega dapat menyelamatkan maruah Malaysia.


Sang Quds buat muka 'behave' disebabkan kesyahduan mendapat kasih sayang sementara dari Atuk Korea. Kami dalam tren KOrail menuju ke pekan nelayan Sukcho.


Dari KOrail, kami naik bas ekspress di Chuncheon untuk ke Sukcho.
Sebenarnya, kalau banyak buat research, kita dapat jimat masa untuk ke Sukcho. Kami keluar pagi dari Irwon sekitar 9pagi tapi sampai di Sukcho dah nak masuk pukul 4petang. Banyak masa kami sebenarnya di buang dalam tren KOrail. Itu tak termasuk dengan sesat di beberapa kawasan lagi. 

Tapi tak apa.
Pekan Sukcho ni pekan yang sangat cool. Dari pemerhatian, di sini, kegiatan ekonominya banyak tertumpu pada aktiviti perikanan. Banyak tempat untuk dilawati dan salah satunya kita boleh mengadakan hiking ke Seorak Mountain yang mengambil masa lebih kurang 20minit dari pekan Sukcho.


Di sekitar pekan Sokcho.
Aku tak rasa Sokcho ni pekan kecil. Besar juga pekannya. Aku respek dengan cara Korea membangunkan setiap daerah-daerahnya, Di Sokcho ni, walaupun ia adalah satu kawasan luar bandar, tapi setiap perumahan, pasar, jalan raya, sistem pengangkutan dan juga rumah rumah kedai di susun atur dengan sangat baik. Kawasannya bersih dan jangan ambil hati kalau aku kata, pusat sukan di Sokcho ini seribu kali lebih baik dari pusat sukan Alor Setar. Kedah. Dan stadium di sini boleh tapau stadium bukit jalil yang kononnya canggih tu.

Kahkahkah, asyik komplen ja kerja aku. 


Tuan hostel "The House ni namanya Mr You. Dia dan isteri (kot) running hostel ni berdua hari hari. Ada lah 2,3 orang pekerja yang tolong kemas hostel bila kustomer dah balik. 

Aku sarankan pada semua yang datang ke Sokcho untuk bermalam di sini. Hostel ni sangat stylo, dekorasinya tersangatlah power, ada internet free, ada bilik makan, ada basikal (tak payah bayar) dan yang paling best aku rasa, di sini hang dapat tengok banyak backpacker yang singgah akan tinggalkan 'souvenir' masing-masing di lobi hostel. 

Jadi boleh tengok macam macam gift dari seluruh pelusuk negara. Aku hanya bagi 2 sticker yang aku desain (semata mata untuk tampal di Korea) pada Mr You di hari terakhir.


Kami tak perlu tunggu lama untuk berkayuh dan beramah mesra dengan pekan Sokcho setelah sampai. Steady betul bawak basikal petang-petang melarat sampai ke malam ni.


Kalau sampai di Sokcho, eloklah singgah beli ikan, udang dan mana yang patut di pasar Jungang. Kalau rasa malam nanti rasa nak makan seafood, aku sarankan beli di sini, sebab segala macam seafood di jual dengan segar. 

Jamie Oliver pasti menangis kalau dia sampai kat sini. Sebabnya di London, orang tak jual ikan hidup hidup. Kat sini, masa hang beli ikan, dia amik dalam akuarium dan terus siap. 

Kami tak beli pun sebab ada megi, nasik dan rendang ayam kat hostel. 
Jangan membazir. 


Jangan tipu kalau hang tak pernah tengok cerita 'Autumn In My Heart'. Di sinilah lokasinya!
Kita kena naik tonkang tu (bayar 1000Kwon)untuk ke seberang sana. Di sana itu lah perkampungan nelayan Abai. (bukan Asalkan Anwar Ibrahim) di mana ia adalah lokasi pengembaraan drama menitis air mata tu. 

Kebanyakkan kedai di perkampungan Abai semuanya menjalankan aktiviti perusahaan kedai makanan laut. Cumanya waktu kami sampai, semua kedai dah tutup. Di situ jugaklah kaki si Sang Quds termasuk dalam tayar basikal. 

Menjerit tak payah cerita.Aku dah panik sebabnya luka di buku lali Sang Quds agak teruk. Mulanya tak berdarah, kawasan luka berwarna putih dan perlahan-lahan kemudia darah mula mengalir. 

Waktu begini, orang Korea semua masuk dalam rumah sebab suhu dah di bawah 10 darjah, yang ada 4 orang budak melayu dan seorang budak kecil menjerit memecah kabus di pantai!

Kami terus balik, kayuh basikal, naik tongkang dan cari satu farmasi. Mujur ada farmasi masih lagi buka dan pakcik di farmasi tu tolong cucikan luka sang quds.


Tanpa aku sedari, bila aku di atas tongkang ni, aku teringatkan bibit bibit kisah percintaan drama 'Autumn in My Heart' dan air mata suam aku mengalir perlahan lahan.
Kah Kah Kah


Ini gambar hero dan heroin yang dah disumpah menjadi batu.
Itulah, nak bercinta jugak walau terlarang!


Dan aku tak bertanggungjawab atas perilaku pari pari polka dot ni.
Cukuplah kalau aku nasihatkan 'jangan lupa basuh tangan nanti'


Tak cukup berbasikal petang tadi, kami sambung malam pulak. Suhu masih di bawah 10 darjah , mungkin lagi rendah. Aku tak peduli sejuk ka, hapa ka. Janji basikal ni tak berbayar. Kayuh la sampai hang tertiarap kat jalan raya.

Pete (backpacker) dari Scotland (nanti aku cerita pasal dia) kata dia hairan sungguh dengan orang Malaysia ni, tengah sejuk pun 'cycling'. Aku senyum saja dengar dia cakap macam tu, sebabnya kat Malaysia tak terhegeh hegeh nak 'cycling', tapi kat sini poyo saja lebih.


Lepas balik cycling, aku lepak di bilik makan hostel. Aku menulis sesuatu sambil minum kopi. Alih-alih Si Pete dan Choi ni mai lepak sekali dengan kami.

Pete ni berdarah kacukan Rusia dan Korea dan dia tak pandai langsung cakap Korea. Dulu, dia bekerja di salah satu kompeni Oil & Gas Peranchis dan sekarang sudah berhenti untuk berbackpack selama setahun!

Si Choi tu budak Korea yang baru pertama kali sampai di Sokcho untuk mendaki gunung Seorak esok. Dia ni pak lawak, kurang fasih berbahasa inggeris tetapi cukup baik dengan kami semua. Kerjanya nak asyik basuh cawan cawan kami sebab katanya, itu cara dia melayang sahabat-sahabat.
Kedua-duanya sama usia dengan aku.



Pagi sebelum berangkat ke Seorak Mountain.
Cuba hang tengok perangai si Choi tu, hang rasa rasa mak hang nak amik jenis macam ni buat menantu?

Kalau ya, berbahagialah dia sebabnya si Choi ni pun dah rimas mak pak dia asyik dok tanya bila nak kawin. 


Kebanyakkan yang mendaki di sini majoritinya kaum tua. Power kan?
Ada yang asyik bertanya kami sebab apa biarkan sang Quds hiking sampai ke atas, takut sang Quds sakit kaki. 

Oh ya, nak hiking di sini tak payah start dari aras bawah. Kita kena naik cable car ke satu platform dan dari situ baru kita start hiking. Sang Quds adalah satu-satunya budak berusia 1 tahun setengah pada hari tu yang berjaya naik sampai ke atas.

Dan aku menagis sekali lagi di atas puncak, menangis bangga.
Kah Kah Kah



Dalam pukul 330 petang, kami bergerak pulang ke Irwon. 
Kali ini, kami tidak mengmabil masa yang panjang kerana kami kurangkan penggunaan tren, kami tumpu pada penggunaan bas.

Lebih lekas dan jimat masa.

Sampai di Irwon lebih kurang pada pukul 630 petang. Okie lah tu.
Tak ada lah lama sangat macam mula mula nak gerak dari Irwon ke sini. Rasa macam nak pengsan.

Cerita ke Sokcho ni sampai di sini saja. Aku sambung lain kali.
Cuma aku nak bagi satu tip bila travelling,

Perkara yang membezakan antara seorang pengembara dan pelancong adalah tempat tinggal.

Kalau nak mengembara, seeloknya tinggal di hostel atau di apartment. Tinggal di situ, buat aktiviti seperti mana lokal di situ buat, pergi ke pasar untuk beli barang basah dan masak.

Ia sebenarnya lebih berharga dari tinggal di hotel-hotel berbintang bintang tu.
Satu cadangan dan nasihat, boleh cuba.
Kalau tak suka, tak payah berleter, okie?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak