Jumaat, 2 Mei 2014

BULAN

Bukan kita yang mencipta rembulan
Namun kita - pinjam sinarnya untuk pancarkan kebahagiaan
Dalam hidup aku, kau dan dia

Kita pinjam kecantikannya untuk serikan senyuman
Buat mereka mereka yang suram harinya

Kita pinjam ketenangannya buat memujuk hati
Yang bertarung dengan kegelisahan

Dalam banyak banyak
Kau yang paling banyak berhutang dengan rembulan
Untuk memenuhi kehendakku sebagai seorang insan

Feb 24,2014
Kaptur dari monitornya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak