Doktor meramalkan yang kawan aku akan bersalin pada 15 mei nanti.
Untuk pengetahuan semua, dengan izin yang esa, kawan aku ni akan bersalin anak yang kedua. Selain mengharapkan dia akan selamat bersama sama bayi yang bakal terbit dari rahimnya, aku selalu berkata setiap kali aku berbual dengannya yang aku mengharapkan agar bayi itu lahir pada 13 mei.
Kata-kata itu sememangnya doa aku.
Tarikh 13 mei begitu epik dan historik.
Alangkah indahnya, suatu hari nanti bila bayi kawan aku tu sudah dewasa, dia mengetahui yang tarikh hari lahirnya adalah satu tarikh yang penting dalam sejarah malaysia.
Bukan untuk mengetahui yang tarikh itu adalah tarikh yang memilukan, sebaliknya aku mahu bayi itu mengenal akan indahnya hidup dalam masyarakat yang bertoleransi,hormat menghormati dan memartabatkan kasih sayang antara satu sama lain.
Dan mungkin juga, di saat dia sudah dewasa, tiada lagi bangsa melayu, cina, india atau yang lain lain di Malaysia ini. Yang ada cuma bangsa Malaysia.
Umum mengetahui pada tarikh itu di suatu petang pada tahun 1969, satu rusuhan berlaku di antara kaum cina dan melayu. Dan kejadian kejadian yang tidak diingini berlaku dengan dahsyat. Bermula dari Kampung Baru, perbalahan antara cina dan melayu berlaku. Kereta-kereta di bakar, rumah-rumah kedai hangus dijilat api, darah-darah menjadi sangat murah dan kebencian membuak-buak.
Kata Subky Latif, yang ketika itu bertugas sebagai wartawan Utusan Melayu, ketika kejadian 13 mei berlaku, dia baru pulang dari pejabatnya di Jalan Chan Sow Lin. Keadaan pada mulanya sangat lengang, dan dia bersama seorang kawannya sedang menunggu bas. Ketika sedang menunggu, mereka didatangi seorang cina yang kebetulannya merupakan kenalan kepada kawan Pak Subky dan cina tersebut menumpangkan mereka untuk pulang ke Kampung Baru.
Bila sudah masuk ke kawasan Kampung Baru, huru hara sudah tercetus. Setelah diturunkan, Pak Subky kata dia tidak tahu nasib cina tadi. Kalau dia tersalah masuk simpang, kemungkinan besar kereta cina tadi akan ditahan dan mungkin nyawanya besar kemungkinan akan diragut oleh manusia manusia rasis yang sedang gila "berjihad".
Soalan aku di sini,
Kalaulah hang tu Subky Latif dan baru saja ditumpangkan seorang cina dan pada masa yang sama kejadian semacam tu berlaku, adakah hang akan membiarkan bangsa hang yang konon melayu sangat tu untuk mengambil nyawa cina tadi?
Sila jawab dengan hati yang jujur dan seikhlas mungkin.
Sejak itu, sentimen perkauman tidak pernah padam (walaupun sekarang tiada lagi rusuhan).
Mengikut tulisan Dr Kua Kin Soong seorang ahli sains sosial dalam makalahnya ,"13 Mei", rusuhan yang terjadi bukanlah kerana ledakan keganasan spontan antara melayu dan cina, malah ia adalah satu kudeta yang dirancang oleh kelas pemerintah kapitalis menentang kelas aristokrat yang dipimpin Tunku Abdul Rahman.
Okie, aku bukan nak 'bedah buku' 13 mei. Jauh sekali nak mendedahkan detail-detail apa yang telah berlaku pada 13 mei. Itu semua kerja hang. Bawak-bawak la mengkaji dengan membaca sendiri dari buku-buku berkaitan atau melayari internet untuk memahami sendiri isu 13 mei ini. Jangan pandai upload gambar selfie saja dekat fesbuk.Nanti anak-cucu tanya pasal 13 mei, hang tak boleh jawab pulak sebab waktu muda sibuk berselfie.
Aku bersetuju dengan pendapat yang mengatakan Malaysia gagal dalam membentuk bangsanya yang tersendiri. Doktrin dari penjajah yang membahagi bahagikan antara melayu, cina, india dan bangsa yang lain lain membuatkan kita melihat pada bangsa lain sebagai satu ancaman. Kita hidup dalam prasangka dan ragu ragu terhadap manusia yang tidak berkulit seperti kita.
Lihat saja keadaan di pejabat aku. Mari ucap selamat datang kepada Pilihan Raya Umum Malaysia tahun 2013.
Ketika semua sibuk nak memenangkan parti politik masing-masing, adalah emel-emel berantai dari akaun laman sosial yang dihantar dari seorang ke seorang untuk menyuburkan semangat asabiyahh yang jelik. Kononnya Malaysia ini milik Melayu saja. Yang menang mesti Melayu, mesti UMNO.
Aku turut menerima emel bangang yang sama. Emel yang menulis bagaimana nanti kalau DAP menang, Malaysia akan menjadi tak ubah seperti Singapura. Bangsa Melayu nanti akan melukut di tepi longkang. Dan bagaimana Islam nanti akan kecundang serta hak-hak anak-anak kita bakal ditanam hidup-hidup.
Senang cerita, point dia nak kata Melayu nanti sudah hilang kuasa, budak budak dah tak boleh masuk Uitm dan yang paling mengharukan, tanah milik Melayu akan tergadai.
Otak orang kita ini sakit.
Aku bukan nak menangkan DAP atau pro pada pembangkang, tapi kalau nak bercakap biarlah berilmiah.
Jangan nak salahkan bangsa lain kalau Menteri hang yang melayu tu asyik dok makan rasuah sana sini, jual tanah yang kononnya milik melayu pada kapitalis kapitalis cina dan tak habis habis bermodalkan mencium keris bila sampai perhimpunan agung yang memualkan tu.
Lagipun, nak suruh aku ikut cakap cakap depa yang hantar email berantai ni macam mana kalau yang tukang hantar ni seorang melayu islam yang pakai skirt pendek di pejabat?
Bukankah seorang melayu yang tulen kena pakai kain sarong atau paling tidak pun mengenakan baju kurung bunga-bunga?
Dan aku percaya, bukan melayu sahaja yang ada sentimen perkauman begini, sebilangan cina, india dan lain lain bangsa itu pun ada. Semuanya kerana kita sudah terdidik dengan sentimen kebencian antara satu sama lain.
Dari pemerintah, sehinggalah ke satu unit kecil famili, kita diajar dan mengajar untuk membenci kaum-kaum lain. Kaum-kaum lain salah, depa semua nak hapuskan kita, depa semua nak ambil harta kita dan depa semua nak menjahanamkan hak kita.
Tak perlulah aku nak cerita perangai mamat mamat perasan penyelamat bangsa seperti Abdullah Zakir (presiden ISMA), Zul Nordin, Ibrahim Ali atau pak-pak menteri yang bangang tu. Sebabnya apa, yang kaya dan terus menyalakan api perkauman adalah dari golongan mereka dan kapitalis kapitalis juga.
Satu kepastian yang kita perlu hadam ialah;
api perkauman sering dinyalakan oleh golongan-golongan sejenis ini, yakni golongan-golongan yang punya sejuta sebab untuk terus survive demi mempertahankan kuasa dan harta harta mereka.

Apabila persengketaan sudah gagal dibendung dan tercetusnya rusuhan kaum, yang matinya adalah rakyat rakyat yang terlalu bodoh mengikut telunjuk ketua ketua mereka dan terlalu murah nilai nyawanya.
Sedang ketua ketua yang mengapi-apikan sentimen perkauman tidur lena di kamar tanpa perlu gusar dengan nilai nilai nyawa yang sudah terkorban.
Untuk pendokong-pendokong rasisma,
kamu semua boleh pergi mati.
Dunia ini dicipta bukan untuk anda.
Dunia ini dicipta oleh Tuhan untuk kita saling kenal mengenali antara satu sama lain, untuk suburkan perasaan kasih sayang dan yang dipandang mulia olehNya adalah yang beriman dan bertakwa.
Bukannya yang bersongkok tinggi dan berbaju melayu putih bersampin merah.
Sekian.
.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan mesej gua nak pinjam duit pulak